Friday, 11 April 2014

Permasalahan Selulit di Kalangan Lelaki dan Wanita

Selulit merupakan perkara yang menyulitkan dan kebanyakan wanita yang mengalaminya tetapi kini lelaki juga tidak terkecuali. Ini disebabkan oleh keadaan kulit yang membentuk lekukan dan benjolan di sesetengah bahagian badan. Lekukan yang terjadi selalunya menyerupai kulit oren. Bagi wanita, keadaan ini selalunya berlaku di punggung and paha. Selulit di kalangan lelaki jarang dilihat kerana ianya selalu muncul di perut dan bahagian pinggang.

Punca-punca selulit

Lekukan di kulit terjadi disebabkan adanya lapisan lemak yang berkumpul di bawah kulit yang menekan tisu fiber yang terdapat di situ. Tisu-tisu ini berfungsi untuk menyambungkan kulit kepada otot badan. Setiap individu adalah unik dan kelainan dari segi pembentukan selulit selalunya berpunca dari kepanjangan kord yang berlainan bagi setiap manusia. Mereka yang mempunya kord yang pendek selalunya akan berpotensi mempunyai masalah selulit.

Kebanyakan kita selalunya berpendapat yang selulit hanya akan menyerang wanita. Tambahan pula, orang ramai selalunya merasakan yang selulit sememangnya permasalahan yang berkaitan dengan isu wanita, dan kebarangkalian kebenaran fakta ini memang agak besar. Wanita biasanya menghasilkan hormon estrogen di dalam ovary, yang mana hormon ini bertanggungjawab terhadap pembentukan lemak di bawah kulit. Di sebaliknya, lelaki selalunya mempunyai tahap hormon yang rendah berbanding wanita, dan ini merupakan sebab utama mengapa lelaki kurang mengalami masalah selulit. Hormon utama pada lelaki hanyalah testosterone dan hormone ini menghasilkan protin di dalam badan. Ini menjelaskan mengapa lelaki selalunya mempunyai lapisan tebal berupa protin yang membentuk kulit mereka. Inilah juga sebabnya mengapa masalah selulit di kalangan lelaki adalah sangat jarang.

Rawatan Selulit Bagi Lelaki

Berdiet untuk membuang selulit – lelaki boleh membuang selulit dengan senang kerana dengan diet yang betul mereka dapat mengawal keadaan tubuh badan mereka. Biasanya lelaki mempunyai keupayaan untuk membaharui kulit dan lapisan lemak dengan senang berbanding wanita, dan ini kerana mereka mempunyai tisu penghubung yang boleh silih berganti dan menyokong pembaharuan kulit dan lemak. Lelaki juga harus mengurangkan pengambilan makanan berlemak di dalam diet mereka, kerana ini merupakan salah satu cara yang pastinya dapat mengawal pembentukan selulit. Dalam kebanyakan kes, mengurangkan pengambilan makanan berlemak di dalam diet dapat membawa hasil yang positif dan menjurus kepada pengawalan berkesan terhadap pembentukan selulit.

Senaman untuk Mengurangkan Selulit – Melakukan senaman berkala dapat membantu pengurangan selulit kerana berlakunya proses pembakaran kalori. Jika anda seorang lelaki yang bermasalah selulit, anda harus percaya yang bersenam adalah salah satu perkara terpenting yang harus dilakukan. Menambahkan beberapa aktiviti dapat membantu pembakaran kalori di dalam badan di samping membina otot badan merupakan langkah bijak yang dapat menolong anda mengatasi masalah pembentukan selulit. Senaman khusus yang hanya menjurus kepada tempat yang dilanda masalah selulit sahaja selalunya tidak membuahkan hasil yang baik. Sebaliknya, langkah paling baik ialah melakukan senaman aerobic dan juga program am yang melibatkan senaman membina stamina yang melibatkan seluruh anggota badan.

Dengan mengikuti diet yang terperinci dan meminum air yang banyak, juga senaman berkala selulit di kalangan lelaki dapat dikawal dan keadaan kulit akan bertambah baik.

Sebagaimana yang kita ketahui lelaki juga boleh mengalami selulit dan usaha pembuangan selulit telah berkembang menjadi suatu perniagaan yang besar dan berdaya maju. Oleh kerana ramai wanita yang telah menderita akibat selulit, Sophie Drake menyedari bahawa ramai wanita sedang giat mencari dan bertanyakan cara-cara bagaimana untuk mengurangkan selulit, apakah pendapat yang terkumpul setakat ini dan berapakah kos yang diperlukan untuk rawatan selulit.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/