Sunday, 27 April 2014

Khasiat BUAH MANGGIS

Buah manggis amat berkhasiat terutamanya pada bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis.Secara tradisi buah manggis dapat merawat penyakit seperti malaria,TB,penyakit kulit,cirit-birit dan dysentry.Dalam buah manggis terdapat satu bahan yang dikenali sebagai xanthone di mana ia mempunyai khasiat yang menakjubkan.Ramai saintis telah mengkaji buah manggis sejak tahun 1970an.

Buah manggis ini juga dihasilkan dalam bentuk jus supaya enak diminum dan mendapat hasil yang menakjubkan.Khasiat xanthone dapat membantu pelbagai jenis masalah iaitu alergi,resdung,lelah,batu karang,darah tinggi,gatal-gatal,jangkitan kulat,luka-luka yang biasa pada mulut,melecur,kencing manis,lebih kolestrol,keletihan,kekurangan darah,ulser,gastrik,saluran usus yang bengkak,dan sebagainya.

Selain itu,manggis ini juga mempunyai Cathechins,Polyphenols,Polisakanida yang berkesan menjadi ejen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat.Vitamin C,zat besi,Niasin,kalsium,Protein,serat fiber,vitamin B1 dan B2dan lain-lain diperolehi dalambuah manggis.Kulit manggis mempunyai pewarna yang sukar hilang kesannya apabila terkena pakaian.Pigmennya berwarna ungu sesuai dijadikan sebagai bahan pewarna.Kulit manggis mempunyai Tanin,Resin,dan crystalizable mangostine(C20H2205) yang membentuk sisi kuning keemasan,tanpa rasa,mudah larut dalam alkohol dan tidak larut pada air.

Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan larutan alkoholnya.Pelarutannya dalam alkali mengurangkan larutan emas dan perak.Kulit manggis agak keras dan dengan garisan pusat 4-6 cm.Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garis pusat 3-5 cm.Bergantung kepada saiz dan masak,ia mungkin berbiji.Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau.Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Malaysia.Kulit manggis menghasilkan warna dan sukar ditanggalkan.

Tidak cukup dengan rasa enak,buah manggis kaya dengan xanthone.Seperkara lagi,manggis mengandungi sehingga 5 gram serat.Kata seorang penjelajah pertanian,David Fairchild,"Manggis itu berada di kedudukan lebih tinggi dalam kehalusannya,jika bukan segala buah-buahan lain di dunia pun,ia adalah yang terbaik bagi zon tropika.Saya mengaku ia adalah satu kegembiraan apabila merasai kenikmatan di lelangit ketika menjamu manggis".

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/