Sunday 27 April 2014

Makanan yang bertindak sebagai anti-penuaan

Kajian telah mengesahkan terdapat banyak makanan yang dapat mencegah penuaan. Makanan yang mempunyai ciri anti penuaan ini terbukti memberi manfaat jika diamalkan secara tetap. Makanan ini bukan sahaja memanjangkan jangka hayat tetapi membantu mengelakkan diri daripada terkena penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan osteoporosis.

Setiap individu pasti mahu menghentikan penuaan namun saintis masih belum menemui rahsia tersebut. Oleh itu, kita hendaklah berusaha mengamalkan diet seimbang agar terhindar daripada penyakit.

Semakin kita berusia, tubuh menjadi lemah, tidak bertenaga dan cepat terdedah kepada pelbagai penyakit. Namun, terdapat makanan tertentu yang dikenal pasti dapat mencegah penuaan sebelum sampai waktunya. Makanan ini bukanlah 'penawar ajaib' namun berdasarkan Institut Kesihatan Kebangsaan, makanan ini dapat meningkatkan kesihatan untuk meningkatkan jangka hayat manusia.

Antara makanan yang dapat membantu mencegah penuaan adalah:

Kacang walnut
Menurut Kesihatan awam sekolah Harvard, kacang merupakan makanan pencegah penuaan yang sangat bagus. Kaya dengan omega 3 dan lemak asid yang diperlukan, kacang terbukti menurunkan paras kolestrol, meningkatkan sistem perhadaman, menguatkan imuniti kerana mengandungi banyak mineral. Kacang mempunyai kalori yang tinggi namun tidak menyebabkan pertambahan berat badan.

Beri
Penyelidik daripada Universiti Tufts mendapati sebatian dalam beri biru dapat mengurangkan keradangan. Tambahan pula, beri menentang kerosakan oksidatif yang boleh menyebabkan penuaan.

Sayuran hijau
Sayur-sayuran hijau mengandungi kalsium, folat, dan pelbagai nutrien yang dapat meningkatkan kekuatan tulang, melindungi daya berfikir serta membantu mengelakkan masalah mata kerana faktor usia. Diet yang mengandungi sayuran seperti kubis dan brokoli dapat mengurangkan risiko kanser dan lupa ingatan.

Coklat gelap
Berdasarkan jurnal dari Dermatologi Kosmetik, biji koko yang menghasilkan coklat hitam bersama flavanol antioksida mampu mengelakkan keradangan kulit akibat sinar UV. Selain itu, memakan coklat hitam dapat meningkatkan kelembapan kulit serta mengurangkan kedutan agar kulit kelihatan lebih muda dan anjal.

Bijirin
Serat, mineral, vitamin, antioksida dan vitamin B yang terdapat dalam bijirin mampu mengurangkan penyakit berkaitan seperti kanser dan penyakit kardiovaskular. Untuk sistem penghadaman, bijirin amat baik untuk mencegah kencing manis dan darah tinggi. Beras merah dan oat juga merupakan makanan yang baik dari sumber gandum.

Ikan
Menurut Artemis P. Simopoulos M.D, penulis buku "The Omega Diet", makanan laut kaya dengan asid lemak yang dapat mencegah ketidak selesaan serta keradangan yang kronik. Omega 3 yang terdapat dalam ikan juga mempengaruhi bahagian otak yang bertanggungjawab mengawal sikap dan perasaan untuk kesihatan individu. Perkembangan ini menggalakkan rasa kesejahteraan di usia yang tua. Omega 3 di dalam tuna dan salmon mengandungi kesan anti-keradangan yang kuat.

Minyak zaitun
Baru-baru ini, saintis menemui kuantiti besar mono-lemak tak tepu dalam minyak zaitun. Lemak jenis ini baik untuk tubuh dan jantung. Minyak zaitun organik amat baik kerana ia ditapis dan mengekalkan manfaat asli mono-lemak tak tepu.

Avokado
Tidak kira bagaimana sekalipun anda makan, avokado sangat terkenal sebagai buah yang mencegah penuaan. Berdasarkan Pusat Pemulihan Hebrew untuk kajian umur dan Institut Latihan di Boston, avokado semulajadi kaya dengan asid folik atau vitamin B.

Avokado juga kaya dengan potassium, vitamin E termasuk anti oksida serta mono-lemak tak tepu. Kandungan vitamin dan mineral dalam avokado terbukti mengurangkan kolestrol, merendahkan tekanan darah dan meningkatkan keanjalan kulit.Buah folat juga dapat mencegah serangan jantung dan mengurangkan risiko osteoporosis.

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/