Friday, 2 May 2014

Seks Oral Mengatasi Merokok Sebagai Punca Kanser Kerongkong - Kajian

Mengikut penyelidikan yang disampaikan pada mesyuarat tahunan Pertubuhan Untuk Pemajuan Sains Amerika (AAAS) minggu ini, seks oral mengatasi merokok dan penggunaan tembakau sebagai punca utama kanser kerongkong dalam kalangan rakyat Amerika.

Menurut laporan dari agensi-agensi berita, 64 peratus dari semua kanser dalam mulut, kerongkong, kepala dan leher adalah disebabkan oleh virus papiloma manusia (human papillomavirus, HPV), satu virus penyakit kelamin yang tersebar melalui pelbagai sentuhan intim. HPV ialah punca utama barah pangkal rahim dalam kalangan wanita, dan juga telah dikaitkan dengan kanser dubur, vulva, vagina dan zakar.

Statistik telah menunjukkan sekurang-kurangnya lima peratus dari semua barah yang didiagnos di seluruh dunia adalah disebabkan oleh HPV.

Sehingga kini, para saintis telah mengenal pasti lebih daripada 150 elemen HPV, termasuk jenis risiko tinggi dan risiko rendah. Kira-kira 15 elemen risiko tinggi telah dikaitkan dengan kanser; manakala elemen-elemen lain pula boleh menyebabkan ketuat pada alat kelamin dan anggota badan yang lain.

Dr. Maura Gillson memberitahu para hadirin mesyuarat tahunan AAAS itu bahawa risiko mendapat kanser oral berkait-HPV adalah berkait dengan berapa bilangan pasangan seks seseorang itu. Mereka yang mempunyai enam atau lebih pasangan semasa semasa hayat masing-masing mempunyai lapan kali ganda risiko untuk mendapat kanser ini, katanya.

Jika anda tidak berminat untuk menjadi sebahagian dari statistik itu, ada langkah-langkah anda boleh ambil untuk mengelak penyebaran HPV dan penyakit-penyakit bawaan seks yang lain. Berada dalam satu hubungan jangka panjang bersama pasangan tidak terjangkit boleh meminimumkan risiko jangkitan HPV.

Adalah penting untuk menyedari bahawa seks oral membawa banyak risiko yang sama dengan perlakuan-perlakuan intimasi yang lain; bukan sahaja HPV boleh dipindahkan melalui seks oral, sifilis, herpes dan hepatitis-B juga boleh merebak melalui sentuhan oral dengan alat kelamin pasangan.

sumber dari :  http://e-kesihatan.blogspot.com/