Thursday, 1 May 2014

Serai bagus untuk kulit

Daun serai sememangnya terkenal di sekitar Asia sebagai bahan utama di dalam masakan. Antara kegunaan lain juga, serai turut digunakan di dalam pembuatan teh dan juga sebagai bauan kereta dan rumah.

Bagi mereka yang pernah mencuba membuat rawatan spa/stim sendiri dengan menggunakan serai sebagai bahan utama pasti dapat merasa perubahan kulit wajah yang menjadi lebih lembut.

Namun disebabkan kita tidak dapat membuat rawatan sauna setiap hari oleh kerana kesuntukan masa dan tempat. Kita kini boleh lakukannya di rumah dengan cara yang mudah! Rawatan stim muka ini sangat sesuai digunakan bagi semua jenis kulit muka, namun ianya akan lebih berkesan digunakan pada mereka yang memiliki kulit berminyak .

Bahan yang diperlukan :
• 40 gram bunga chamomile yang segar dan kering
• 40 gram daun serai yang segar (Pastikan telah siap dipotong kemas)
• 1 pot air yang menggelegak
• Mangkuk besar

Masukan herba yang telah dipotong tadi ke dalam air yang mendidih. Biarkan sehingga 30 minit dan kacau campuran tadi kemudian tapis.

Kemudian panaskan semula campuran tadi dan tuangkan ke dalam mangkuk besar.

Lilitkan tuala di seluruhkepala untuk mengelakkan rambut anda menggangu proses rawatan nanti. Letakkan muka anda di permukaan mangkuk besar tadi. Penyerapan wap itu adalah yang terbaik. Biarkan sehingga 30 saat ataupun sehingga muka anda berasa panas. Ulang cara tadi dua hingga tiga kali sehingga anda rasa kulit semakin lembut.

Yang terakhir, sapukan pelembab muka. Selamat mencuba!

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/