Karbohidrat
adalah sumber tenaga utama tubuh yang merupakan kompaun berunsur C, H
dan O. Ada dua jenis karbohidrat: karbohidrat sederhana dan kompleks.
Karbohidrat sederhana, disebut juga gula atau monosakarida, terdiri
daripada hanya satu jenis gula (sakarida) iaitu fruktosa (gula buah),
glukosa (gula pati), sukrosa (gula tebu), laktosa (gula susu), atau
maltosa (gula malt). Karbohidrat sederhana dijumpai dalam buah, sayur-sayuran, gula, madu, minuman ringan, gula-gula dan jem. Karbohidrat kompleks, disebut juga pati atau polisakarida, terdiri daripada gabungan rantai panjang pelbagai jenis gula. Karbohidrat kompleks dijumpai secara semulajadi dalam makanan seperti pisang, kacang, nasi, kentang, ubi, jagung dan gandum.
Tubuh mengubah kelebihan glukosa dari makanan menjadi bentuk lain yang disebut glikogen, yang disimpan di dalam jaringan otot dan hati. Rata-rata orang boleh menyimpan kira-kira 400 gram glikogen (1/3 di hati, 2/3 di otot). Ketika tubuh anda memerlukan lebih banyak tenaga, hormon kedua yang disebut glukagon dirembeskan oleh pankreas. Hormon ini menukar glikogen menjadi glukosa kembali, yang kemudian dilepaskan ke dalam aliran darah untuk digunakan oleh sel-sel anda.
Untuk mengukur kelajuan penukaran karbohidrat menjadi glukosa, setiap makanan yang mengandung karbohidrat dapat dinilai pada skala yang dipanggil indeks glisemik (GI / glycemic index). Skala ini memeringkat makanan yang mengandungi karbohidrat berdasarkan kesan terhadap kadar gula darah selama tempoh masa tertentu, biasanya dua jam. Makanan yang mengandung karbohidrat berbanding dengan glukosa tulen (walaupun kadang-kadang digunakan roti putih sebagai makanan rujukan), yang diberi skor GI = 100 Karbohidrat yang memecah dengan cepat selama proses pencernaan mempunyai indeks glisemik tinggi (GI lebih daripada 70). Karbohidrat yang perlahan-lahan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam aliran darah mempunyai indeks glisemik rendah (GI kurang daripada 55). Makanan dengan karbohidrat sederhana mempunyai skor GI tinggi, sedangkan makanan berkarbohidrat kompleks umumnya mempunyai skor GI lebih rendah.
sumber dari : http://majalahkesehatan.com/
Pencernaan dan penyerapan karbohidrat
Sistem pencernaan makanan memecah karbohidrat menjadi gula sederhana yang disebut glukosa. Gula sederhana ini kemudian dibawa ke setiap sel melalui aliran darah anda. Pankreas mengeluarkan hormon insulin yang mengawal penyerapan glukosa darah ke dalam sel-sel. Setelah di dalam sel, glukosa akan 'dibakar' bersama dengan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Otot, otak, dan sistem saraf bergantung pada glukosa sebagai bahan api utama mereka untuk membuat tenaga. Otak menggunakan 70 peratus daripada glukosa darah yang tersedia. Jika sel-sel otak anda kekurangan glukosa, kemampuan mental anda akan terganggu dan kerana otot-otot anda dikawal oleh otak, anda akan merasa lemah dan gementar. Sistem saraf yang kekurangan glukosa boleh membuat anda merasa lelah, lembap bertindak balas dan lesu. Keadaan kekurangan glukosa darah ini dipanggil hipoglikemia.Tubuh mengubah kelebihan glukosa dari makanan menjadi bentuk lain yang disebut glikogen, yang disimpan di dalam jaringan otot dan hati. Rata-rata orang boleh menyimpan kira-kira 400 gram glikogen (1/3 di hati, 2/3 di otot). Ketika tubuh anda memerlukan lebih banyak tenaga, hormon kedua yang disebut glukagon dirembeskan oleh pankreas. Hormon ini menukar glikogen menjadi glukosa kembali, yang kemudian dilepaskan ke dalam aliran darah untuk digunakan oleh sel-sel anda.
Indeks glisemik
Semakin lambat pelepasan glukosa ke dalam darah, semakin stabil dan berterusan tahap tenaga bagi tubuh. Semakin sederhana karbohidrat, semakin cepat glukosa dilepaskan ke dalam darah anda. Hal ini boleh menyebabkan kenaikan dan penurunan kadar gula darah yang cepat dan ketikdakstabilan tahap tenaga di dalam tubuh.Untuk mengukur kelajuan penukaran karbohidrat menjadi glukosa, setiap makanan yang mengandung karbohidrat dapat dinilai pada skala yang dipanggil indeks glisemik (GI / glycemic index). Skala ini memeringkat makanan yang mengandungi karbohidrat berdasarkan kesan terhadap kadar gula darah selama tempoh masa tertentu, biasanya dua jam. Makanan yang mengandung karbohidrat berbanding dengan glukosa tulen (walaupun kadang-kadang digunakan roti putih sebagai makanan rujukan), yang diberi skor GI = 100 Karbohidrat yang memecah dengan cepat selama proses pencernaan mempunyai indeks glisemik tinggi (GI lebih daripada 70). Karbohidrat yang perlahan-lahan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam aliran darah mempunyai indeks glisemik rendah (GI kurang daripada 55). Makanan dengan karbohidrat sederhana mempunyai skor GI tinggi, sedangkan makanan berkarbohidrat kompleks umumnya mempunyai skor GI lebih rendah.
sumber dari : http://majalahkesehatan.com/