DADAH DEPRESAN SISTEM SARAF PUSAT: SEDATIF/HIPNOTIKDADAH DEPRESAN SISTEM
SARAF PUSAT: SEDATIF/HIPNOTIK
KUMPULAN dadah depresan(penekan) sistem saraf pusat merupakan sekumpulan dadah yang bertindak terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri secara berlebihan. Umumnya, ia boleh dibahagikan kepada empat kumpulan utama iaitu kumpulan anestesia umum, kumpulan alkohol alifatik (seperti arak), kumpulan dadah penahan sakit narkotik, dan kumpulan dadah sedatif/hipnotik. Antara empat kumpulan ini, kumpulan dadah penahan sakit narkotik dan kumpulan dadah sedatif/hipnotik adalah dadah penekan sistem saraf pusat yang seringkali disalahgunakan. Fokus artikel bulan ini adalah terhadap kumpulan dadah sedatif/hipnotik ini.

DEFINISI DADAH DEPRESAN SEDATIF/HIPNOTIK DAN JENIS-JENISNYA
Menurut definisinya, dadah sedatif berupaya mengurangkan tahap aktiviti mental seseorang itu di samping mempunyai kesan menenangkan fikiran. Dadah jenis hipnotik pula boleh membuatkan seseorang itu rasa mengantuk. Ia dapat mendorong seseorang itu tidur dengan lebih mudah dan berterusan. Dadah dalam kumpulan sedatif/hipnotik ini terdiri daripada beberapa jenis; antaranya termasuklah kumpulan barbiturat, kumpulan benzodiazepin, dan yang lain-lainnya seperti kloral hidrat, glutetimid, metakualon, serta meprobamat.

BAHAYA MENGAMBIL BERLEBIHAN
Dadah kumpulan ini sebenarnya amat berguna bagi mengurangkan rasa resah, panas baran, ketegangan jiwa, dan insomnia (keadaan susah tidur). Dalam sesetengan keadaan, ia mungkin mengkhayalkan. Walau bagaimanapun, jika dimakan dengan banyak, pertimbangan seseorang akan terjejas, koordinasi pergerakan badan akan hilang, dan pertuturan terganggu menjadikan sebutan tidak jelas. Perimbangan dan koordinasi pergerakan badan yang terganggu merupakan punca utama kemalanganjalan raya di kalangan penggunanya. Dalam kes bunuh diri, keadaan menjadi lebih serius; seseorang itu boleh mengalami koma, disusuli dengan kulit yang sejuk, nadi yang lemah dan pantas, serta pernafasan yang mungkin menjadi perlahan atau pantas tetapi pendek. Apabila kadar pernafasan menjadi terlalu perlahan dan tekanan darah menjadi terlalu rendah, mangsa sudah menghampiri maut terutamanya jika keadaan ini tidak dapat dikawal dengan baik.

SALAH GUNA DAN BAHAYANYA
Dadah-dadah depresan ini juga didapati telah disalahgunakan secara meluas. Keadaan ini berlaku apabila dadah depresan ini digunakan di kalangan penagih dadah perangsang bagi meredakan pemikiran yang kusut, melenyapkan keresahan daripada "ingatan-ingatan" yang menghantui penagih halusinogen, atau untuk mempermudahkan langkah penghentian pengambilan heroin. Dalam keadaan begini, dadah-dadah depresan ini akan digunakan untuk jangka masa yang panjang sehinggalah masalah yang berkaitan dengan penggunaan dadah depresan pula timbul. Ini termasuklah masalah tolerans serta pergantungan fizikal dan psikologi. Tolerans akan berlaku dengan cepat.

Pengguna perlu mengambil dadah ini dalam jumlah yang lebih besar untuk mendapatkan kesan yang sama. Keadaan ini sebenarnya tidak disedari sehinggalah pengguna mengalami kebingungan yang berulang atau hilang upaya untuk melakukan kerja-kerja harian. Dengan bertambahnya jumlah dadah yang dimakan, mungkin sebanyak 10 hingga 20 kali ganda daripada jumlah biasa, pengguna sebenarnya mendekatkan diri kepada bahaya besar dan maut. Dalam keadaan ini, pergantungan fizikal dan psikologi amat ketara. Menghentikan pengambilan dadah depresan ini juga akan memberikan kesan buruk. Pada tahap ini, penghentian atau pengurangan pengambilan dadah depresan secara mengejut boleh mengakibatkan sindrom terputus bekalan dengan ciri-ciri tertentu. Ini merupakan satu kecemasan perubahan yang lebih serius. Langkah-langkah detoksifikasi yang baik dapat memulihkan keadaan pesakit.
Namun begitu, dalam masa 24 jam pertama gejala terputus bekalan minor seperti keresahan dan agitasi, hilang selera makan, rasa mual dan muntah, senak perut, denyutan jantung pantas, berpeluh-peluh, serta anggota badan yang mengeletar akan dialami. Bagi dadah kumpulan barbiturat dan meprobamat, gejala ini akan memuncak pada hari kedua dan ketiga dadah dihentikan. Bagi dadah depresan yang mempunyai masa tindakan yang panjang seperti yang berlaku pada sesetengah jenis barbiturat dan benzodiazepin, gejala-gejala terputus memuncak pada hari ketujuh atau kelapan setelah dadah dihentikan. Pada masa ini, pengguna mungkin mengalami sawan dan dalam setengah kes turut meracau.
Tidak kurang juga yang akan mengalami gangguan psikosis menyerupai delirium tremens, iaitu satu komplikasi yang berat bagi penagih alkohol. Memandangkan betapa seriusnya keadaan ini, langkah-langkah detoksifikasi dan rawatan lanjut perlu dijalankan di bawah pengawasan seorang doktor. Kaedah rawatan mungkin berbeza di antara jenis-jenis dadah depresan ini tetapi kesemuanya mempunyai matlamat yang sama iaitu pengukuhan keadaan pergantungan pada dadah untuk mengurangkan simptom penarikan; diikuti dengan penghentian secara beransur-ansur untuk mengelakkan pengulangan.
Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/
oleh: haiiriayu