Wednesday, 14 May 2014

4 kelebihan masker daripada putih telur!

Ramai wanita yang sering mendengar petua memakai masker yang diperbuat dariapda putih telur kan? Tetapi tak semua tahu mengenai  kelebihan masker dari putih telur yang mempunyai protein ini selain dari boleh menghilangkan jerawat. Cara nak memakainya pun mudah iaitu ambil dua biji telur putih dan pukul hingga kembang. Kemudian sapukan pada wajah kita selama 20 hingga 30 minit serta basuhkan. Jom kita tengok apa lagi kelebihan masker putih telur ini untuk kulit wajah kita.

1. Memperketatkan kulit

Tidak lama selepas anda menggunakan masker putih telur,  anda akan berasa kulit anda mula mengetatk. Kesan ini biasanya berlangsung selama kira-kira sejam selepas anda membilas masker anda dan memberikan muka anda cahaya yang sihat dan mengurangkan  garis-garis halus. Sesetengah orang percaya kesannya adalah sama seperti facelift jangka pendek. Putih telur juga boleh mengetatkan liang pori wajah dan membuang sel-sel kulit mati.

2. Oil-Blotting ( Menyerap minyak pada wajah )

Putih telur boleh menarik keluar minyak dari liang pori  selain dari mengetatkan kulit, menurut  website Kosmetik-n-Skincare.com. Laman web itu juga ada mencadangkan membuat topeng dari oatmeal, madu dan putih telur untuk membersihkan dan menegangkan kulit wajah.

3. Membuang whitehead

Whiteheads adalah liang yang tersumbat dengan minyak dan kotoran. Pakardi Acnetalks.com mencadangkan bahawa masker dari putih telur boleh membantu mengeluarkan whiteheads, manakala protein dalam putih telur membantu menyembuhkan dan menyuburkan kulit.

4. Menghilangkan jerawat

Masker putih telur yang dicampurkan dengan sedikit jus lemon boleh mengubati jerawat di wajah anda.  Selain itu juga ia boleh menambahkan kesan pembersihan pada wajah anda. Selain itu juga, dengan menambahkan lemon, whitehead pun akan lebih mudah untuk dibuang.

sumber dari :  http://www.wanista.com/