Thursday, 15 May 2014

Amalkan buah epal untuk miliki badan yang ideal!

Epal adalah antara jenis buah yang mempunyai kandungan gizi dan mineral yang sangat tinggi. Buah epal ini mampu mencegah penyakit kanser,diabetes mellitus dan membunuh virus infeksi sehingga ada yang menyatakan epal adalah doktor semula jadi.

Terdapat dua jenis epal iaitu epal merah dan epal hijau seperti yang sudah diketahui umum namun epal import iaitu epal yang berwarna merah tua mengilap adalah epal yang paling digemari. Epal import ini mempunyai rasa yang manis, ukuran seragam, teksturnya yang rangup, serta kulitnya yang mulus. Epal umumnya dilabelkan sebagai buah segar. Komponen penting dalam buah epal adalah pectin, iaitu sekitar 24 peratus.

Pektin tersebut akan membentuk gel apabila ditambah gula pada kisaran pH tertentu. Pektin memainkan peranan penting dalam pembuatan jus (sari buah), jeli dan jeruk. Selain itu, epal juga boleh diolah menjadi cuka (vinegar). Epal yang diolah umumnya merupakan buah berukuran kecil (tidak termasuk gred) atau buah hasil penjarangan.

Khasiat pada sebiji epal yang mengandungi zat gizi yang tinggi iaitu vitamin dan mineral mampu menjadikan kulit kita cantik dan halus.Kandungan zat-zat gizi dalam 100 gram buah epal adalah: 58kkl energy; 4 g lemak; 3 g protein; 14,9 karbohidrat; 900 IU vitamin A; 7 mg tiamin; 3 mg riboflavin; 2mg niacin; 5mg vitamin C; 0,04 mg vitamin B1; 0,04 mg vitamin B2; 6 mg kalsium; 3 mg zat besi; 10 mg fosfor; dan 130 mg potassium (kalium).

Epal juga berfungsi sebagai pencegah penyakit yang terletak pada kandungan karoten dan pectin. Karoten memiliki fungsi seperti vitamin A dan juga antioksida yang berguna untuk mengelak serangan radikal bebas penyebab pelbagai penyakit degeneratif. Pektin merupakan salah satu ciri serat yang bersifat larut dalam air yang boleh memperbaiki otot pencernaan dan mendorong sisa makanan pada saluran pembuangan. Selain itu Pektin dikenali sebagai anti kolestrol kerana boleh mengikat asid hempedu. Pektin juga boleh meyerap lebihan air dalam usus dan menghilangkan racun dari usus.

Buah epal mempunyai indeks glikemik (petunjuk kecepatan peningkatan gula darah) yang sangat rendah. Hal ini bererti bahawa kadar gula yang terdapat secara semula jadi pada epal tidak akan menyebabkan kecepatan naiknya gula dalam darah. Epal juga berfungsi mengawal keluarnya insulin sehingga tidak berlebihan.

Oleh itu, pengambilan epal secara teratur boleh menjaga keseimbangan gula dalam darah serta menurunkan tekanan dan kolesterol darah. Khasiat buah epal bagi kesihatan sangat berkait dengan zat-zat gizi mahupun bukan gizi yang terkandung di dalamnya.

Dengan demikian, epal layak disebut sebagai doktor semula jadi. Banyak hasil kajian menunjukkan bahawa epal sangat besar manfaatnya termasuklah:
  1. Menurunkan kolesterol darah
  2. Menurunkan tekanan darah
  3. Menstabilkan gula darah
  4. Meningkatkan high density lipoprotein (HDL=kolesterol baik)
  5. Membunuh virus infeksi
  6. Mengurangkan selera makan
  7. Memperlancarkan pencernaan
  8. Mempertahankan kesihatan saraf
  9. Agen antikanser
  10. Menjaga kasihatan jantung
sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/