Rasa pedas bukanlah dikesan oleh tunas rasa, sebaliknya dikesan oleh
deria kesakitan di lidah, yang diransang oleh bahan kimia dalam makanan
pedas seperti cili. Sebab itulah, rasa 'pedas' boleh dirasa oleh tangan,
esofagus dan perut.
Rasa pedas dalam cili (ataupun bahan-bahas pedas lain) adalah disebabkan oleh sejenis bahan kimia yang dipanggil Capsaicin, iaitu sejenis bahan kimia yang meransang deria sakit, atau lebih tepat mewujudkan rasa terbakar (burning sensation).
Rasa pedas ini hanya dapat dirasai oleh membran yang bermukus. Sebab itulah, jika tangan kering, tidak terasa 'kepedasannya'.
Untuk hilangkannya, cara senang untuk hilangkannya ialah dengan menggunakan bahan yang sejuk (air sejuk contohnya), tetapi bahan kimia capsaicin ini tidak larut dalam air, maka ia hanya memberikan kelegaan yang sekejap sahaja.
Cara paling berkesan ialah mengambil bahan-bahan tenusu (seperti susu dan yogurt) kerana ia mempunyai kasein, yang boleh melarutkan bahan kimia itu.
Jus tomato
Sebelum memakan makanan yang pedas pastikan di sebelah anda terdapat jus tomato yan mana mampu mengawal rasa pedas di dalam perut.
Susu/Yougurt
Ramai yang beranggapan untuk menghilangkan rasa Capsaicin adalah dengan meminum air kosong sedangkan cara yang paling mujarab adalah dengan meminum air susu ataupun yougurt sejuk.
Ais krim
Makanan yang paling masuk akal jika mahu menghilangkan rasa pedas kerana aiskrim bersifat dingin oleh yang demikian rasa pedas boleh lega dengan memakan makanan yang sejuk dan ais krim juga merupakan minyak yang terlarut di dalam bahan kimia pedas berbanding air kosong.
Air berkarbonat
Perkara yang paling kerap dilakukan oleh masyarakat di Malaysia apabila memakan makanan pedas ialah dengan meminum air bergas. Ianya diperakui tidak dapat menghilangkan rasa pedas malahan menambahkan lagi rasa tidak selesa di dalam perut.
Selamat mencuba!
sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/
By Azwa Iela | Tupai