Monday 12 May 2014

Ais boleh mengecilkan pori-pori?

Memang cukup memalukan sekiranya wajah dipenuhi pori-pori besar, membuatkan ramai di kalangan kita yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan pelbagai jenis alat kosmetik yang boleh menutup noda tersebut.

Malangnya, sehebat manapun manapun jenama sesebuah produk kecantikan, saiz pori-pori tidak boleh dikecilkan disebabkan oleh faktor genetik.

Namun, ini tidak bermaksud anda tidak boleh mengecilkannya buat sementara waktu. Pelik tetapi benar, ais merupakan salah satu cara berkesan untuk membuatkan pori-pori mengecut buat sementara waktu.

Apa yang anda boleh lakukan adalah selepas menggunakan pembersih muka, letakkan kiub ais di wajah, terutama sekali di bahagian yang terdapat pori-pori besar sebelum menggunakan 'toner' dan krim pelembap.

Sapukan ais tersebut di seluruh wajah sekurang-kurangnya selama satu minit sehingga ais mula cair. Pastikan krim pelembap digunakan selepas itu demi mengelakkan kulit kering.

Sapuan ais bukan sahaja menyejukkan muka dan mengurangkan radang kulit, malah kesejukannya juga mampu mengurangkan bengkak serta penghasilan minyak berlebihan. Jika selalu diamalkan, penggunaan ais di wajah boleh menghindarkan pertumbuhan jerawat.

Siapa kata kecantikan dan kesihatan wajah memerlukan kos yang tinggi?

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/