Tuesday 13 May 2014

Sindrom Pernafasan Koronavirus Timur Tengah ( MERS-CoV )

Apa itu virus MERS-CoV? Ia merupakan singkatan kepada Sindrom Pernafasan Koronavirus Timur Tengah dan ses pertama Sindrom MERS-CoV dikesan di negara ini apabila seorang lelaki berumur 54 tahun meninggal dunia selepas disahkan dijangkiti virus tersebut. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula melaporkan mengenai wabak ini pada 24 September 2012. SARS yang pernah menggemparkan dunia pada 2003 adalah satu daripada strain yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan. MERS-CoV dan SARS ialah dua strain coronavirus yang berbeza di antara satu sama lain.

Penyakit Sindrom Pernafasan Timur Tengah dikenal juga sebagai Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV). MERS-CoV merupakan satu daripada ahli keluarga (strain) daripada kumpulan coronavirus.
  1. Kumpulan keluarga virus besar dan meliputi pelbagai strain yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Penyakit ini boleh berjangkit.
  2. Virus ini seakan-akan sama dengan virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang pernah mencetuskan kebimbangan global sekitar tahun 2003 dan meragut sehingga 800 nyawa.
  3. Sama seperti SARS, MERS-CoV akan menyebabkan jangkitan paru-paru, pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas, batuk tetapi sedikit berbeza kerana ia akan menyebabkan pesakit mengalami kegagalan buah pinggang yang teruk.
  4. Penyakit ini berpunca kerana manusia dari seluruh dunia bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Kebiasaannya, jemaah haji atau umrah juga perlu dipantau dan langkah pencegahan harus diambil bagi mengelak terkena jangkitan.
  5. Jangkitan respiratori yang berlaku secara akut dan serius iaitu demam dan kesukaran bernafas ialah gejala utama yang dikesan dalam kes MERS-CoV . Pesakit yang terkena jangkitan mengalami radang paru-paru. Ada juga sebahagian kes yang dikesan dengan gejala gastrointestinal seperti cirit-birit.
  6. Jika penyakit ini berjangkit kepada individu yang menghadapi penyakit kronik dan kurang daya tahan jangkitan kerana gejala jangkitan mungkin berlaku dalam bentuk tidak lazim.
Anda perlu hati-hati : 
  1. Sebarang kes pesakit di bawah kawalan atau positif MERS-CoV yang dikesan perlu dimaklumkan melalui saluran yang telah dikenal pasti dengan kadar segera.
  2. Selain itu, aktiviti saringan suhu badan bagi mengesan gejala demam dalam kalangan pelawat yang tiba dari negara atau kawasan dijangkiti di pintu masuk utama antarabangsa akan diteruskan. Pelawat yang dikesan demam melalui saringan akan diperiksa semula oleh kakitangan kesihatan.
  3. Aktiviti pemantauan dan pencegahan sewajarnya dilakukan termasuk pemantauan ke atas jemaah haji pada musim haji tahun lalu dilaksanakan Kementerian Kesihatan.