Thursday, 15 May 2014

Tips untuk tampil menawan tanpa jerawat!

Umum mengetahui kesihatan merupakan elemen utama untuk kelihatan cantik. Pemakanan yang tidak sihat, tidur tidak cukup dan tidak melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh boleh mengakibatkan masalah jerawat, kegemukan atau penyakit berbahaya seperti kanser payu dara, sakit jantung dan sebagainya.

Antara masalah yang paling ditakuti oleh kaum hawa ini adalah jerawat. Sekiranya kita gagal mengawal keseimbangan hormon seks dengan sempurna, jerawat yang menjadi perkara biasa kepada wanita, boleh menjadi penyakit kulit yang serius.

Masalah jerawat ini sering berkait rapat dengan masalah berkaitan harga diri, keyakinan terhadap diri sendiri, pergaulan sosial, kemurungan, kegusuran dan kadar tidak bekerja yang tinggi. Menurut Pakar Estetik dan Antipenuaan, Alice Total Wellness, Bangsar, Kuala Lumpur, Dr. Alice Prethima Michael, asas kesihatan adalah dari dalam diri dan bergantung kepada gaya hidup hidup seseorang. Maka para wanita di luar sana harus lah menjaga kesihatan dengan melakukan amalan yang baik dan betul.

Keseimbangan hormon adalah amat penting bagi kaum wanita dalam melakukan aktiviti harian. Jika gagal mengawalnya boleh mengakibatkan tumbuhnya jerawat yang besar dan banyak serta mengganggu kesuburan wanita.

Alice menjelaskan lagi, mendisiplinkan diri dengan tidur yang cukup (lima hingga tujuh jam sehari), senaman yang berterusan, minum air yang banyak dan lebihkan makan sayur-sayuran yang segar adalah perlu untuk ke arah cantik yang sihat.

Tapak pertumbuhan jerawat ialah di muka, belakang badan dan dada. Ia melibatkan kelenjar sekresi minyak (kelenjar sebum), liang roma dan bahagian hujung folikel rambut. Jerawat terjadi apabila terdapat penyumbatan pada folikel tersebut menghasilkan bakteria seterusnya membiak dan menghasilkan nanah pada jerawat. Penyumbatan sebum itu terdapat di bawah kulit, ia dikenali sebagai bintik putih, dan apabila ia mencapai permukaan kulit, ia menjadi gelap dan dikenali sebagai bintik hitam.

Jerawat sangat aktif semasa proses kematangan individu terutama remaja kerana perubahan hormon, oleh itu gaya hidup yang sihat amat dititik beratkan oleh setiap remaja terutama pada masa kini. Kegagalan fungsi folikel pilosebaceous yang didorong oleh perubahan hormon androgen akan menyebabkan terjadinya jerawat. Ketika proses ini berlaku, hormon yang terlibat ialah testosteron dan ditukarkan kepada dihidrotestosteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolik.

Bagi individu yang mempunyai kulit sensitif, penghasilan sebum yang berlebihan akan berlaku dan daripada statistik 85 peratus daripada individu dalam lingkungan umur 12 hingga 25 tahun akan menghadapi masalah jerawat .

Akhir sekali, bukan sahaja jerawat tetap penyakit-penyakit lain yang dialami oleh wanita mahu pun lelaki memerlukan penjagaan awal yang telah diterap dalam diri sejak dari usia muda lagi. Oleh itu langkah dan pencegahan awal amat la penting terutama dalam amalan gaya hidup pada masa sekarang.

Tips yang senang dan ringkas adalah banyakkan minum air kosong dan bersenam walaupun hanya menaiki tangga ke pejabat.

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/