Friday, 16 May 2014

Hati-HATI BUAT RAWATAN KECANTIKAN KETIKA HAMIL

Ibu hamil pasti ingin tampil cantik dengan wajah dan tubuh dirawat. Namun tidak semua perawatan itu baik di saat kehamilan.

1.      Rawatan muka
         Perawatan kecantikan wajah umumnya disertai dengan berbagai jenis perawatan kulit termasuk rawatan wap muka, pengelupasan, penggunaan krim dan losen, masker dan urutan.

Tip
      Beritahu petugas salun atau spa yang anda sedang hamil.
·     Pastikan bahan-bahan yang digunakan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada janin yang berbahaya kepada janin dan aman untuk kehamilan.
·     Hindari penggunaan alat elektrik pada wajah seperti mesin berfrekuensi tinggi untuk mencegah jangkitan kulit yang biasanya digunakan di akhir perawatan wajah.

2.      Rawatan kuku kaki dan tangan.
         Belum ada bukti secara saintifik yang menyatakan perawatan jari tangan dan kaki, termasuk kuku berbahaya buat janin. Namun memang banyak produk perawatan kuku yang mengandungi bahan kimia seperti toluence pada cat kuku atau aseton sebagai bahan pembersih kuku. Sebaiknya ibu hamil menghindari perawatan ini pada trimester pertama kerana pada tahap ini janin masih dalam tahap pembentukan.

Tip
         Gunakan bahan pelindung semasa perawatan tangan dan kaki bagi menggelakkan bahan-bahan itu termasuk dalam mulut.

3.      Mewarnakan rambut.
        Mewarnakan rambut semakin popular dengan pelbagai gaya dan jenis pewarna yang tidak lagi dipandang berbahaya oleh ibu hamil. Semakin banyak pula produk yang mengakui tidak berbahaya kepada ibu hamill dan janin. Namun tanpa mereka sedari, masih banyak produk yang mengandungi bahan kimia seperti tar mampu meresap jauh ke dalam kulit rambut, lalu memasuki aliran darah. Apabila bakal ibu terus menerus menggunakan bahan tersebut, mereka berisiko untuk mengalami keguguran.

 Tip
          Sebaiknya gunakan inai atau pewarna yang diperbuat daripada tumbuhan semula jadi sebagai alternatif. Bahan ini lebih baik untuk ibu hamil. Namun anda perlu juga mendapatkan nasihat daripada doctor memandangkan keadaan kehamilan setiap orang berbeza.

4.      Akupuntur kehamilan
         Akupuntur dilakukan dengan menyuntik jarum ke kulit di titik-titik tenaga seseorang, seperti di perut. Sehingga kini belum ada kajian yang membuktikan bahawa akupuntur kecantikan atau yang dilakukan untuk keremajaan kulit berbahaya kepada janin. Ini bermakna anda boleh melakukan akupuntur kecantikan.

Tip

·     Perlu dilakukan oleh akupuntur bertauliah.

·     Sebelum membuat rawatan akupuntur, dapatkan dahulu nasihat   daripada pakar sakit puan.

ELAKKAN.

1.      MESOTERAPI
          Teknik menyuntik ubat atau bahan lain ke lapisan mesodermis atau lapisan tengah kulit untuk mengatasi pelbagai masalah. Misalnya untuk mengurnagkan selulit dan lapisan lemak pada tubuh atau untuk keremajaan kulit dan mengurangkan lapisan lemak di bawah mata.

Perlu dielakkan kerana:

Sepanjang kehamilan ibu hamil dilarang melakukan perawatan yang melibatkan suntikan kecuali amat perlu untuk tujuan perubatan. Ini kerana, setiap bahan yang disuntikkan ke dalam tubuh akan memasuki peredaran darah ibu dan janin. Walaupun ketika ini terdapat, kaedah mesoterapi tanpa suntikan, ubat-ubatan yang digunakan tetap mempunyai tujuan yang sama. Ubatan tersebut akan menyerap ke dalam tubuh dan ia belum terjamin keselamatannya kepada janin.
 
2.      ‘FACELIFT’
          Prosedur pembedahan yang bertujuan menghilangkan kulit kendur yang bertujuan menghilangkan kulit kendur dan menegangkan wajah serta leher untuk melawan tanda penuaan. ‘Facelift’ melibatkan suntikan bius dan biasanya berjalan selama tiga hingga tujuh jam atau lebih.

Perlu dielakkan kerana:
             Tidak ada petunjuk perubatan yang khusus yang perlu dilakukan. Apalagi ubat bius yang digunakan akan melalui pembuluh darah dan beredar ke janin.

3.      Botox
       Perawatan kecantikan yang dilakukan dengan cara suntikan botulinum toksin. Toksin yang dihasilkan oleh bakteria Closridium Botulinum ini disuntik ke otot tertentu sehingga menghalang fungsi otot tersebut. Ia bertujuan menghilangkan sementara kedutan, misalnya kedut pada sudut mata dan di antara dua kening dan dahi.

Perlu dielak kerana:
             Suntikan ini melibatkan toksin walaupun ada kajian yang memadai tentang penggunaan Botulinum toksin pada ibu hamil. Bukankah ibu hamil biasa mengalami perubahan kulit seperti pigmentasi dan akan hilang selepas melahirkan ? Jadi mengapa menghabiskan wang untuk perkara yang anda sendiri tidak pasti pada sembilan bulan akan datang.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/