Thursday 8 May 2014

Buah PELAGA, Rempah yang berkhasiat besar

oleh: MasterOO

KHASIAT BUAH PELAGA

* Biji buah pelaga mempunyai rasa yang pedas tetapi berbau wangi dan terasa dingin pada lidah apabila dikunyah. Rempah yang berbau sangat harum ini dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi untuk digunakan sebagai ubat, selain untuk menambahkan keenakan masakan atau minuman.

* Biji pelaga misalnya dikatakan amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah mulut berbau. kerana ia dikatakan dapat mengharumkan mulut selain itu juga dapat mengatasi masalah kesukaran bernafas serta mengubati batuk dan gatal-gatal kerongkong. Caranya hanya dengan mengunyah biji pelaga perlahan-lahan.

* Kegunaan lain ialah untuk menghilangkan masalah kesihatan kanak-kanak seperti batuk, kembung perut, mual, radang tekak dan perut memulas..

* Biji pelaga juga boleh digunakan untuk menghalang perimbunan gas yang tidak baik dalam badan terutama sekali dalam usus.

* UNTUK MENGATASI LENGUH-LENGUH BADAN

* Buah pelaga yang telah ditumbuk halus, kemudian dicampurkan dengan air sangat elok untuk mengubati sakit lenguh-lenguh disamping untuk mengatasi masalah obseti.

* Buah pelaga mengandungi terpineol, kalsium, oksalat, silissium, sormeol, sabinen, zat putih telor. Selain itu ia mengandungi minyak pati yang membantu memudahkan pembuangan angin dalam perut, menghangatkan dan membersihkan darah.

* Janganlah anda ragu-ragu untuk menggunakan biji pelaga dalam masakan anda, kerana ianya disamping sebagai rempah masakan sebenarnya ia juga adalah ubat yang baik untuk kesihatan.

* Inilah harta alam pemberian Allah kepada manusia, nikmat yang tiada tolok bandingnya, namun jika sekiranya manusia itu sendiri tidak pandai menghargai pemberial Allah daripada hasil alam ini, maka segala khasiat yang terpendam didalamnya akan menjadi sia-sia sahaja atau pun tidak memberi kesan.

Cintai dan hargailah abstrak harta alam sejagat, agar ianya mampu menyumbang kepada kesempurnaan hidup manusia.

" HEBAT, SESUNGGUHNYA HEBAT "

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/