Wednesday, 7 May 2014

Rawatan rambut kering di rumah

Masalah rambut adalah satu perkara yang boleh merungsingkan kaum wanita terutamanya. Ya, anda boleh mendapatkan rawatan di salun, tetapi sanggupkah anda berhabis wang dengan banyak?

Cuba beberapa cara mudah yang boleh dilakukan di rumah bagi merawat masalah rambut kering.

Kebanyakan cara rawatan ini berkesan sekiranya anda lakukan sekurang-kurangnya 30 minit dan membasuh dengan air sejuk untuk mendapatkan rambut bersinar.

MINYAK ZAITUN

Urutkan minyak zaitun atau minyak kelapa ke atas kulit kepala dan rambut anda. Pakaikan topi mandi selama 45 minit sebelum membasuhnya.

CUKA

Sebelum membersihkan rambut anda, letakkan satu sudu cuka dan urut kepala anda selama beberapa minit. Anda juga boleh mencampurkan dua cawan air dan satu setengah cawan cuka, urut pada rambut anda selepas syampu dan biarkan selama beberapa minit sehingga satu jam sebelum membersihkannya dengan air sejuk.

AVOKADO

Campurkan dengan pisang, mayonis atau hanya gunakan buah avokado sahaja sebagai masker rambut untuk melembapkan kulit kepala anda.

MAYONIS

Ambil dua sudu mayonis dan letakkan sama rata pada kepala anda. Tutupkan dengan topi mandi selama 30 minit dan basuh dengan air sejuk.

TELUR

Selain daripada itu, telur mentah juga baik untuk merawat rambut kering kerana ia mempunyai protein dan lecithin yang mampu menguatkan rambut anda dan membuatkan ia bersinar. Campurkan dua biji telur, atau sebiji sahaja bersama-sama yogurt, kemudian urutkan pada rambut anda. Biarkan selama 15 minit dan basuh menggunakan air sejuk.

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/