Friday, 9 May 2014

Kanak-kanak kencing malam bukan penyakit

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kencing malam bukan sahaja menjadi masalah buat kanak-kanak tersebut, malah juga ia memeningkan ibu bapa.

Namun untuk pengetahuan ibu bapa di luar sana, masalah kencing malam bukanlah satu penyakit, tetapi menjadi perkara lumrah yang dialami kanak-kanak terutama lelaki kerana ketidaupayaan mengawal pundi kencing.

Menurut laporan yang dipetik dari sebuah akhbar tempatan, bagi kanak-kanak berusia di bawah enam tahun, kencing malam dianggap normal dan tidak perlu dirisaukan.

Bagi mengatasinya, banyak petua berguna yang diamalkan masyarakat sejak dulu boleh diamalkan antaranya mengehadkan pengambilan air pada kanak-kanak pada waktu petang dan pastikan anak membuang air kecil sebelum tidur.

Anda juga boleh perahkan sedikit lemon dalam satu sudu kecil bersama madu lebah dan beri anak anda memakannya. Ia bagus untuk diamalkan pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/