Tuesday, 6 May 2014

Wajah berseri dengan cara mudah

Kulit wajah yang sihat dan berseri adalah sesuatu yang diidamkan oleh semua orang, tidak kira wanita atau lelaki.

Anda tidak semestinya perlu menghabiskan wang di pusat kecantikan atau membeli produk-produk berjenama yang belum pasti keberkesanannya kepada kulit muka anda.

Ikuti cara mudah berikut untuk mendapatkan kuli wajah berseri yang boleh dilakukan di rumah tanpa perlu membazir.

Amalkan skrab muka secara kerap
Skrab muka perlu dilakukan secara kerap bagi membantu untuk membuang sel kulit mati. Ia sekaligus akan mencerahkan wajah anda dan memberi kompleksi yang cantik dan berseri. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali seminggu, tetapi pastikan anda tidak terlalu kasar apabila mengurut wajah anda.

Gunakan pelembap!
Tidak kira jika kulit wajah anda berminyak, pelembap sebenarnya penting untuk hidrasi, sekaligus memastikan kulit anda tidak terus menghasilkan minyak. Pastikan anda memilih produk yang bersesuaian dengan kulit anda.

Penggunaan bahan-bahan semulajadi
Ya, adakalanya bahan-bahan semulajadi lebih baik dan berkesan pada kulit wajah anda. Malah ia boleh membantu menjimatkan duit anda. Antara bahan semulajadi yang baik untuk kulit wajah adalah jus lemon dan juga yogurt (dadih). Jus lemon sebenarnya berkesan untuk mengimbangi kulit berminyak dan juga mempunyai kesan pencerahan. Manakala yogurt pula mempunyai asid laktik yang membantu pengelupasan dan meratakan kulit wajah anda.

Buat topeng muka sendiri
Gabungan buah strawberi, krim dan bijirin oat memang sesuai dimakan untuk sarapan pagi, tetapi ia juga sesuai untuk kulit wajah anda. Menerusi bahan-bahan yang terkandung dalam strawberi, krim dan bijirin oat, ia boleh membantu mencerahkan wajah anda. Cara lakukannya juga mudah iaitu campurkan semua bahan-bahan tersebut dan hancurkannya. Letakkan di atas muka anda selama 10 minit, kemudian urut wajah anda sebelum membersihkannya dengan air suam.

Urutan wajah
Pengamalan urutan pada wajah anda boleh meningkatkan penyaliran limpatik dan juga meratakan rona kulit anda. Titiskan beberapa titik minyak badam atau minyak argan pada tapak tangan, kemudian urut kulit wajah anda. Ia juga membantu mengekalkan kelembapan pada wajah anda.

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/