Wednesday, 7 May 2014

Makanan untuk meningkatkan nafsu seks lelaki

Libido atau naluri seks adalah amat penting buat seseorang lelaki. Kunci kepada seks yang bertenaga adalah peredaran darah yang lancar. Oleh itu, untuk mencapai sasaran ini, anda kenalah rajin mengamalkan pemakanan yang kaya dengan asid lemak seperti ikan, terutamanya ikan salmon dan ikan tuna (ikan kembung pun boleh jugak ... ). Selain itu, tambahkan makanan yang kaya dengan multivitamin dan mineral, kerana kedua-duanya memang baik untuk fungsi saraf anda, yang seterusnya dapat menyumbang kepada peredaran darah yang lebih lancar.

Okeylah, tanpa membuang masa lagi, jom kenali makanan yang boleh menjadikan anda ‘gagah perkasa’ di ranjang.

1. Ikan
Selain daripada tinggi dengan kandungan omega-3 (sejenis asid lemak), ikan juga terbukti dapat membantu fungsi otak, merendahkan tahap kolestrol dan membantu dalam peredaran darah dalam badan. Juga sumber vitamin B yang baik untuk kesihatan reproduktif

2. Biji bunga matahari
Biji bunga matahari mengandungi vitamin B1 yang tinggi yang boleh meningkatkan stamina anda. Selain biji ini, makanan lain seperti tuna, asparagus dan bayam juga kaya dengan vitamin B1

3. Kekacang
Kekacang seperti badam (almond) ialah sumber asid lemak yang penting. Ia menggalakkan pengeluaran hormon lelaki yang penting di dalam mengawal nafsu seks. Ia juga kaya dengan vitamin B3, iaitu sejenis vitamin yang boleh memberi tenaga

4. Buah oren
Vitamin C yang banyak terkandung di dalam buah oren amat baik untuk sistem imunisasi badan. Seterusnya ia juga dapat membantu melancarkan peredaran darah supaya anda mendapat ereksi (ketegangan) yang lebih lama

5. Daun saderi
Dianggap sebagai makanan yang baik untuk meningkatkan stimulasi seksual kerana ia mengandungi sejenis hormon yang dikenali sebagai ‘androsterone’. Hormon yang dikeluarkan melalui pepeluhan ini dipercayai dapat merangsang naluri seksual wanita

6. Biji labu
Biji labu atau ‘pumpkin seed’ mengandungi elemen zink yang amat penting dalam pengeluaran hormon testosterone untuk lelaki dan juga membantu untuk mengekalkan ghairah seksual wanita. Ia juga kaya dengan asid lemak omega-3, yang memainkan peranan penting di dalam kesihatan seksual seperti menambah kekuatan, keinginan dan fertiliti

7. Jeruk kobis (sauerkraut)
Kajian menunjukkan bahawa 90% lelaki menjadi lebih aktif secara seksualnya selepas memakan jeruk kobis. Jelas bahawa makanan ini mampu meningkatkan libido lelaki to the extreme...:-)

8. Pisang
Sumber makanan yang memberi banyak tenaga! Mengandungi enzim ‘bromelain’ yang boleh meningkatkan libido lelaki. Selain itu, pisang juga kaya dengan sumber vitamin B seperti riboflavin dan potassium, yang penting untuk pengeluaran hormon testosterone dan dapat menambah tahap tenaga secara keseluruhan.

9. Avokado
Mengandungi tahap asid folik yang tinggi untuk membantu memproses protein secara metabolisme, justeru dapat memberikan lebih tenaga. Avokado juga mempunyai vitamin B6 dan potassium yang dapat meningkatkan pengeluaran hormon lelaki. Selain lelaki, avocado juga mampu meningkatkan libido wanita.

10. Asparagus
Kaya dengan kandungan vitamin E yang tinggi - dipercayai sebagai vitamin yang khusus untuk seks. Dipercayai anda boleh melihat kesannya setelah memakan asparagus selama 3 hari berturut-turut.Source:

http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/