Monday, 14 April 2014

Fenomena kena tindih semasa tidur

Cuma nak kongsi... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, banyak sangat orang dok cerita pasal pengalaman kena tindih ni.......betulkah kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti tak boleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada...nampak benda-benda pelik-pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainya) .....

kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa sekolah menengah dulu...adalah dalam 3-4 kali jugak...masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi tak boleh gerak...kadang- kadang geram, sebab tak boleh gerak.....lepastu 5 minit baru boleh gerak....aku dulu pun takut...memang ingat kena hempap dah...lepas boleh gerak tu seram sejuk jer...

tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia.... ni aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nya 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). ...

temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa-masa nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis) ok, normal badan manusia bila tidur, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kita gerak-gerak) stage....otak akan bagi tau badan kita suruh rehat...so, badan kita kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)...... ok, otak kita pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) sahaja yang on....kiranya screensaver lah atau hibernate...

so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang-kadang, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika...before otak activate balik....memang menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinya complete atau full..kadang- kadang partial atau sebahagian sahaja...tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetapi badan lain lumpuh etc....

dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik-pelik) , visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa benda sentuh/hempap dan lain-lain..)

sebab-sebab atau benda-benda yang boleh mentrigger sleep paralysis:
  1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama
  2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
  3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni...penat sangat)
  4. stress yang banyak kat otak...masalah keluarga, kewangan bla-bla
  5. pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba ( macam biasa dok rumah saja, tetiba esok pergi panjat gunung, kayuh basikal..)
  6. orang yang ada penyakit narcolepsy
So jangan lagi kata kena hempap dengan hantu.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/