Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk
perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik,
menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang
boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah
mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai
pengalaman dan tulisan.
1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu
tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa
menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur,
lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan.
Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci
Apabila
bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan
sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat.
Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang
pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah
mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan
segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Apabila
mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip
ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar,
tidak mudah jatuh.
4. Taman Semerbak
Mewangi Amalkan memakan
makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan
sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan
badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
5. Lubang Jarum
Latih
otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air
kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur
seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika
boleh jadikan ia amalan setiap hari.
6. Suara Perindu
Elakkan
dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas.
Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada
suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa
suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan
mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit
kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini
baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah
berkahwin nanti.
8. Payudara Montok
Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/