Friday, 18 April 2014

Makanan yang boleh kawal penyakit

Rakyat Malaysia sememangnya sangat sukakan makanan. Tambahan pula negara kita ini merupakan negara yang kaya dengan pelbagai jenis makanan berikutan terdapat pelbagai bangsa dan kaum serta budaya.

Berikutan itulah kadang-kala agak sukar bagi anda untuk mengawal nafsu makan sehingga menyebabkan anda mendapat penyakit seperti diabetis, kegemukan, darah tinggi dan juga sakit jantung.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa jenis makanan dapat membantu anda dalam mengawal selera makan anda.

Oat
Hanya dengan dua hidangan oat mampu menurunkan kolesterol LDL sebanyak 5% dalam masa enam minggu. Kunci utama untuk membunuh kolesterol adalah beta-glucan di mana oat ini mampu menyerap LDL dan menyingkirkan lemak dari badan.

Cendawan
Makanan cegah lemak dan penggalak imun ini mampu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih. Jumlah yang disyorkan setiap hari adalah ¼ kepada 1 auns dimana anda boleh menambahkan cendawan ini ke dalam sayur, pasta atau telur dadar.

Asparagus
Sayur rangup ini membekalkan inulin, satu serat khas yang membantu bakteria baik di dalam saluran penghadaman anda. Gril asparagus atau makan bersama krim sup boleh meningkatkan mood anda.

Pisang
Saiz pisang yang sederhana meningkatkan tenaga berpanjangan selain menahan lapar dalam masa yang lama. Kandungan vitamin B6 membantu otak menghasilkan serotonin. Lebih banyak serotonin yang dihasilkan, semakin kurang rasa tekanan atau kegusaran. Hidangan mufin pisang memadai untuk anda yang diet.

Bawang
Di sesetengah negara menganggap bawang mampu mengubati pelbagai penyakit bermula dari diabetis sehinggalah rawatan meningkatkan prestasi olahraga. Bau yang terdapat pada bawang juga mampu menentang penyakit kardiovaskular. Memasukkan bawang di dalam masakan mampu menambah rasa pada masakan yang boleh menentang rasa cepat lapar.

Memang tidak dinafikan pengambilan nasi putih membuatkan selera bertambah lebih-lebih lagi jika terdapat lauk yang kena dengan selera anda.

Melatih diri mengambil makanan di atas membantu anda lebih cepat kenyang dan bertenaga selain menolak makanan tinggi karbohidrat, tinggi gula dan lemak yang sering menjadi punca anda mudah dijangkiti penyakit.

Selamat mencuba!

sumber dari: https://my.entertainment.yahoo.com/