Tuesday, 21 October 2014

Kenali Manfaat Bahan-Bahan Cantik dalam "Fruit Infused Water"

Banyak artis yang mengambil fruit infused water untuk menjaga kesihatan mereka seperti Chelsea Elizabeth Islan, Siti Nurhaliza, Susan Bachtiar, dan juga artis mancanegara seperti Eva Longoria. Eva Longoria bahkan membuat resipi khas untuk fruit infused water dengan menggunakan buah cranberry dan pir. Namun, jangan cuma ikut-ikutan saja mengambilnya, kenali juga manfaat bahan-bahan yang dimasukkan ke air dalam botol tersebut. Dengan mengenali manfaat dari bahan-bahan tersebut, kita dapat memperoleh lebih banyak manfaat yang sesuai dengan keperluan tubuh kita.
Fruit infused water bukan hanya memberikan rasa pada minuman tetapi juga bermanfaat untuk menambah energy ( energy booster ) dan menurunkan berat badan. Kandungan pelbagai bahan yang terdapat dalam infused water seperti limau, daun  pudina , dan lain-lain dapat membantu pembakaran lemak serta melancarkan pencernaan. Selain membantu menurunkan berat badan, manfaat fruit infused water lain adalah meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu menjaga kesihatan tubuh dengan mencegah insomnia dan merawat atau mengubati beberapa penyakit seperti asma, kemurungan, penyakit jantung, dan kanser.

Bahan-bahan dan manfaatnya

Buah-buahan yang paling banyak dijadikan bahan untuk fruit infused water adalah buah dengan kategori asam (acid) seperti lemon, jeruk nipis, stroberi, jeruk, dan kiwi. Selain buah-buahan, sayur-sayuran dan dedaunan seperti mentimun dan daun mint juga dapat dijadikan sebagai bahan dalam fruit infused water.
  1. Lemon dan j eruk nipis.  Lemon dan limau nipis mempunyai rasa yang cenderung asam namun manfaat dan khasiat mereka tidak diragukan lagi. Selain mengandungi vitamin C, lemon dan limau nipis juga berkesan menurunkan berat badan melalui pembakaran lemak dan membersihkan kotoran dalam perut, mengatasi mual, mencerahkan kulit, dan melawan bau mulut.
  2. Kiwi.  Buah lain yang berkesan untuk membantu diet kita adalah buah kiwi. Walaupun agak mahal, buah kiwi terbukti dapat mengurangkan kadar trigliserida sehingga baik untuk kesihatan jantung, menangkal radikal bebas dalam tubuh, mempunyai kalori rendah sehingga baik untuk diet, memperbaiki metabolisme tubuh, menjaga kesihatan mata dan meningkatkan kekebalan tubuh.
  3. Str oberi.  Strawberi mengandungi vitamin C yang baik untuk kesihatan mata dan kekebalan tubuh. Selain itu stroberi juga ampuh mencegah keriput, memperbaiki sel-sel yang rosak, serta menurunkan risiko penyakit Alzheimer, Parkinson, dan Demensia.
  4. Mentimun. Mentimun memiliki kandungan air dan silika yang tinggi sehingga dapat mengatasi dehidrasi dan berfungsi sebagai anti-inflamasi untuk tubuh.
  5. Daun mint Daun mint dapat membuat air menjadi sedikit lebih manis dan terasa menyegarkan, sangat baik untuk pencernaan, melegakan asma dan kemurungan serta membantu menenangkan fikiran.

Gabungan aneka bahan

Inilah manfaat fruit infused water berdasarkan gabungan aneka buah yang digunakan:
  1. Strawberi dan kiwi.  Campuran buah strawberi dan kiwi dapat memberikan manfaat jangka panjang untuk kesihatan kardiovaskular dan menjaga gula darah, selain manfaat sehari-hari untuk menguatkan sistem kekebalan tubuh dan memudahkan pencernaan.
  2. Teh hijau, daun mint dan limau nipis.  Gabungan daun pudina , teh hijau dan limau nipis memberikan manfaat jangka panjang untuk membakar lemak dan menurunkan berat badan, selain manfaat sehari-hari untuk memudahkan pencernaan, meredakan sakit kepala, mengatasi susah buang air besar, dan menjaga bau mulut.
  3. Timun, limau nipis dan limau.  Campuran buah kategori asam dan timun ini dapat bermanfaat untuk mengawal nafsu makan, mengatasi kembung, mengatasi dehidrasi, dan menjaga kesihatan pencernaan.
  4. Lemon dan limau nipis. Hampir sama dengan sebelumnya, campuran kedua buah kategori asam ini bermanfaat sebagai sumber vitamin C dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh.

Cara Membuat

Berikut adalah cara mudah untuk membuat fruit infused water .
  1. Pilih buah, sayuran atau herba yang akan dijadikan bahan fruit infused water.
  2. Cuci bersih bahan-bahan yang telah dipilih dengan air mengalir.
  3. Iris buah seperti limau, oren, dan kiwi dengan ketebalan kira-kira 0.7 cm. Potong menjadi dua untuk buah-buah seperti anggur dan strawberi.
  4. Jangan lupa untuk menambah air masak kira-kira 500 ml, lalu masukkan buah ke dalam bekas dan tutup rapat. Tidak perlu menambah sirap atau gula.
  5. Simpan dalam lemari es selama 2 jam agar sari-sari bahan melarut.
  6. Buah diresapi air siap diminum.
  7. Jika airnya habis maka boleh diisi semula. Namun lebih baik jika bahan-bahan diganti dengan yang baru. Buah, sayur-sayuran dan herba mudah mengalami pereputan dan mudah teroksida sehingga mengubah bau dan warnanya, dan mudah hancur jika disimpan terlalu lama. Biasanya bahan yang sama boleh digunakan selama 48 jam, namun lebih baik jika diganti selepas 8 jam.
sumber gambar: blog.2shopper
------- Mengenai Penulis Christina Kawatu adalah mahasiswi Program S1 Design Interior Universiti Kristian Petra, Johor Bahru. Artikel ini bertujuan untuk membantu para pembaca mengenali manfaat buah, sayur-sayuran dan dedaunan dalam fruit infused water.
sumber : http://majalahkesehatan.com/