Monday, 20 October 2014

Minyak Zaitun, Rahsia Kecantikan dan Hidup Sihat

Minyak zaitun (olive oil) pertama kali dikenalkan oleh Christopher Columbus pada tahun 1492 di Amerika. Minyak ini merupakan produk yang multimanfaat bagi tubuh anda. Bahkan, ada organisasi dunia yang menguruskan minyak zaitun iaitu The International Olive Oil Council (IOC) yang berpusat di Madrid yang dianggotai 23 negara. Minyak zaitun mengandungi asid laurik yang bersifat lemak tak jenuh sehingga bersifat antibiotik, antibakteria dan antikulat.

Bagi kecantikan kulit

Kadar vitamin E yang tinggi pada minyak zaitun dapat berfungsi untuk merawat kesihatan kulit anda. Bagi anda yang berjerawat, memakai topeng minyak zaitun dapat menghilangkan jerawat dan bekas jerawat serta memperhalusi dan melembapkan kulit anda. Namun, untuk menghasilkan hasil yang optimum perlu ketelatenan.
Selain itu, minyak zaitun juga boleh menghilangkan kutil di wajah. Caranya cukup dengan menyapu minyak zaitun selepas mandi pagi / petang dan sebelum tidur. Jangan lupa membersihkan kutil terlebih dahulu sebelum mengoleskan minyak zaitun. Hasilnya akan kelihatan selepas kira-kira dua minggu pemakaian.
Di zaman Rom kuno, minyak zaitun juga dipercayai dapat menghilangkan stretch marks selepas kehamilan.

Bagi kesihatan rambut

Minyak zaitun boleh merawat rambut kering, mengawal kelemumur dan membuat rambut bersinar. Caranya cukup dengan menggosokkan campuran minyak zaitun dengan air selepas mencuci rambut, biarkan lima minit, kemudian cuci kembali rambut anda dan bilas hingga bersih.

Bagi kesihatan tubuh

Beberapa manfaat minyak zaitun bagi kesihatan tubuh:
  1. Mengandung oleocanthal yang   berfungsi menghilangkan sakit kepala secara semulajadi. Kesannya sama dengan ubat pembunuh rasa sakit Ibuprofen. Caranya, tambah satu sudu minyak zaitun pada makanan pada saat anda sakit kepala.
  2. Mengandungi sebatian fenolik   yang berfungsi menghentikan zat-zat yang boleh mengakibatkan keradangan yang meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
  3. Mengandungi kadar lemak mono-unsaturated yang mengurangkan kolesterol jahat, mengatur tekanan darah, mencegah diabetes dan kanser, serta mencegah masalah pencernaan dan sakit maag.
  4. Dapat meningkatkan fungsi kognitif otak.
  5. Untuk diet. Penambahan minyak zaitun pada makanan akan membuat anda merasa kenyang dan mengelakkan makan berlebihan.
  6. Merupakan sumber asid lemak omega 3 dan omega 6 yang baik bagi tubuh.
Selain mudah didapati, minyak zaitun tidak mahal, alami, tidak mempunyai kesan sampingan dan bahan kimia yang membahayakan tubuh kita. Bersediakah anda beralih menggunakan minyak zaitun sebagai langkah awal hidup sihat anda?

image source: wonderhowto
-----------
Mengenai penulis:
Jennifer Yapola adalah mahasiswi jurusan interior, Universiti Kristian Petra, Johor Bahru.

Oleh: Jennifer Yapola