Tuesday, 21 October 2014

Manfaat Buah Kolang-Kaling Bagi Kesihatan

Kolang-kaling adalah buah kenyal berbentuk bujur dan berwarna putih telus. Kolang-kaling dalam Bahasa Belanda disebut Glibbertjes, buah dari pohon aren (Arena Pinnata).
Buah kolang-kaling mempunyai kadar air yang tinggi hingga mencapai 93,8%. Selain air, setiap biji kolang-kaling mengandungi kira-kira 0,69 gram protein, 4 gram karbohidrat dan 0.95 gram serat kasar. Kolang-kaling juga mengandungi kalium, besi, kalsium, vitamin A, vitamin B, vitamin C dan gelatin.

Manfaat kesihatan

Mungkin selama ini banyak masyarakat yang hanya mengetahui bahawa buah kolang-kaling enak untuk dijadikan campuran cendol atau ais buah. Buah yang selalu hadir ketika bulan puasa ini sebenarnya boleh mengatasi pelbagai masalah kesihatan. Berikut adalah 4 manfaat buah kolang-kaling untuk kesihatan.
  1. Ubat gatal-gatal. Getah dari pohon aren mempunyai khasiat sebagai ubat gatal-gatal. Membalurkan getah sebelum biji kolang-kaling dibakar saat proses pembuatan sangat ampuh untuk mengubati penyakit gatal-gatal.
  2. Ubat radang sendi. Buah kolang-kaling mengandung galaktomanan yang boleh meredakan penyakit artritis. Untuk rawatan radang sendi, makanlah kolang-kaling 100-200 gram sehari. Buah kolang-kaling tersebut sebaiknya direbus tanpa menggunakan pewarna dan gula.
  3. Memperkuat tulang dan mencegah osteoporosis. Terdapat   kalsium 91 miligram kalsium dalam setiap 100 gram kolang-kaling. Kandungan ini cukup tinggi dan boleh digunakan untuk membantu memenuhi keperluan kalsium tubuh, terutama bagi mereka yang alergi terhadap susu.
  4. Memudahkan pencernaan. Kolang-kaling mengandung serat kasar yang bagus untuk melancarkan proses pencernaan. Selain itu, kandungan karbohidrat yang terdapat di dalamnya dapat memberikan rasa kenyang dan tenaga. Kolang-kaling sangat sesuai untuk anda yang menjalani proses diet sihat.

Pemprosesan buah kolang-kaling

  1. Pemilihan bahan. Pemprosesan kolang-kaling bermula dengan pemilihan bahan (buah aren) setengah masak yang ditandai dengan warna kulit yang masih hijau segar. Buah aren dilepas satu persatu dari untaiannya dan dimasukkan ke dalam bekas.
  2. Pembakaran atau perebusan buah Aren. Ada dua cara mengolah kolang-kaling iaitu dengan membakar atau merebus untuk menghilangkan lendir buah yang menyebabkan rasa sangat gatal apabila menyentuh kulit.
  3. Pengambilan biji aren. Belah buah aren yang sudah direbus atau dibakar.
  4. Pelepasan kulit biji aren. Kulit biji yang berwarna kuning dilepaskan dengan menggunakan pisau secara hati-hati. Biji yang terlepas dalam keadaan utuh dicuci dengan air bersih.
  5. Perendaman biji aren. Sediakan baskom yang berisi air kapur, lalu rendam biji aren yang sudah bersih ke dalam air kapur selama 2-3 hari. Hal ini berfungsi untuk mengendapkan segala kotoran pada biji buah aren.

Membuat Manisan Kolang-Kaling

Produk olahan dari kolang-kaling dengan cara pengawetan dalam air gula dikenali sebagai manisan kolang-kaling. Adapun bahan yang digunakan adalah kolang-kaling, gula pasir, air, pewangi dan pewarna makanan. Perkakas: baskom, periuk dan dapur.
Pembuatan manisan kolang-kaling:
  1. Kolang-kaling direndam dengan ar bersih selama satu malam lalu dicuci.
  2. Apabila ingin memberi warna pada manisan kolang-kaling, gunakan pewarna makanan yang tidak berbahaya. Kolang-kaling yang sudah diberi perwarna dibiarkan beberapa minit agar warnanya merata dan lebih meresap.
  3. Kolang-kaling yang sudah diberi warna kemudian dicuci dengan air bersih secara berulang-ulang.
  4. Sediakan larutan gula pasir kira-kira 60% iaitu 600 gram gula dilarutkan dalam 1 liter air. Air gula dipanaskan hingga mendidih lalu disejukkan.
  5. Kolang-kaling direndam dengan air gula yang sudah sejuk untuk beberapa saat.
  6. Setiap hari rendaman perlu dipanaskan lagi, tetapi buah kolang-kaling tidak perlu dipanaskan. Hal ini membuat rendaman air gula semakin kental.
image source: satuharapan
------------
Mengenai penulis:
Caronelita Kristiani.VW adalah mahasiswi Universiti Kristian Petra, jurusan Desain Interior Surabaya. Artikel ini dibuat agar pembaca mengetahui manfaat buah kolang-kaling bagi kesihatan.

sumber : http://majalahkesehatan.com/