JERAWAT
Kulit dilapisi oleh tiga komponen utama, bahagian nipis luar kulit
(epidermis), bahagian tebal luar kulit (dermis) dan di bahagian bawah
kulit adalah lemak tisu yang berisikan kulit itu. [BR] Jerawat bermula apabila kelenjar mengeluarkan lebihan minyak atau sebum melalui liang roma kulit. Pengeluaran minyak yang berlebihan akan menutupi liang roma dengan minyak yang melekit dan sel-sel mati. Bakteria
yang berada di dalam kulit-kulit akan menjadi satu kompaun yang akan
menggangu dan memecah kelenjar-kelenjar kecil menyebabkan kemerahan dan
bengkak. [BR] Pengeluaran sebum sebahagiannya adalah
dikawal oleh androgen, hormon lelaki yang boleh didapati pada kaum
lelaki dan perempuan. Hormon-hormon ini merangsangkan
pengeluaran minyak terutama pada bahagian muka, bahu, belakang tubuh dan
dada dan lebih aktif ketika akil baligh. Ia adalah perkara
biasa bagi kaum lelaki kerana mereka mempunyai tahap hormon androgen
yang lebih tinggi tetapi kaum perempuan juga mengalami keadaan ini
terutama pada minggu sebelum mereka kedatangan haid. [BR] Kebanyakan remaja suka makan gula-gula, snek, makanan ringan dan minuman ringan atau alkohol. Ini menghalangkan mereka daripada mendapat vitamin dan zat galian yang diperlukan untuk kulit yang sihat.
Makan seimbang seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging tanpa lemak dan lemak yang tidak bergabung dengan pembentukan kolesterol dalam makanan boleh mengurangkan jerawat. [BR] Vitamin A adalah amat berkesan untuk melawan jerawat. Ia membantu untuk mengawal kulit yang sihat dan banyak didapati pada hati dan telur manakala beta carotene dimana tubuh meukarkan menjadi Vitamin A boleh didapati pada sayuran-sayuran yang hijau pekat atau oren seperti bayam dan karot dan buah-buahan berwarna oren seperti aprikot, manga dan pic . [BR] Ramai mereka yang berjerawat adalah kekurangan zat galian zink. Zink membantu melindungi daripada jangkitan dan berguna untuk melawan jerawat.
Makan makanan yang kaya dengan zink boleh membantu penyembuhan dan mengurangkan parut. Makanan laut, kacang, daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, yogurt dan susu tanpa lemak terdapat zat galian ini. [BR] Vitamin C amat penting dalam pembentukan kolagen yang memberikan kekuatan dan keanjalan pada kulit. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam proses penyembuhan. Buah-buahan sitrus, strawberi, buah beri (blackcurrant), buah jambu batu dan buah kiwi adalah sumber yang baik untuk Vitamin C. [BR] Vitamin-vitamin B adalah penting untuk menggantikan sel-sel mati dengan yang baru. Ia boleh didapati pada bijirin, yis, makanan tenusu, jenis tumbuhan kekacang, hati, sayur-sayuran hijau, makanan laut, daging tanpa lemak, telur, kacang, bijirin dan buah-buahan kering. [BR] Jaga kulit anda supaya sentiasa bersih. Guna air suam dan pembersihan muka yang lembut dan bukan gosokkan yang kasar. Sesuaikan gaya hidup dengan tidur yang cukup, bersenam, minum banyak air dan dapatkan sedikit cahaya matahari. Ini juga boleh membantu untuk melegakan masalah kulit dan boleh juga diselesaikan dengan pemakanan yang seimbang.
Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/
oleh: Iqraq