Diet dan rawatan herba untuk diabetes (penyakit kencing manis). Diet
memainkan peranan utama dalam kehidupan pesakit diabetes. Mereka perlu
sentiasa cuba mengikut plan rancangan kesihatan dan mengambil makanan
diet berserat. Mereka perlu menghidarkan makanan bergoreng dan berminyak
atau makanan yang pedas, dan menjauhkan diri dari mengambil makanan
ringan. Pesakit diabetes mesti mengambil lebih banyak sayuran hijau dan
buah-buahan dan mengurangkan pengambilan makanan lain dalam hidangan
mereka, samada semasa waktu makan tengahari atau makan malam. Kebanyakan
sayuran seperti seleri, peria, bawang besar, bawang putih, artichoke
(sejenis bunga yang berasal dari selatan Eropah dan Mediterrenean) dan
bayam adalah baik untuk mengurangkan paras diabetes. Berbagai ubatan
herba didapati berkesan untuk merawat diabetes.
Selepas melakukan penyelidikan keatas beberapa tumbuhan herba, pusat-pusat penyelidikan berjaya memproses beberapa ubatan untuk penyakit diabetes. Ianya termasuk herba seperti semambu(Neem/Azadirachta indica), Pann (herba yang boleh didapati di tanah tinggi India), pokok melaka (Amla/Emblica officinalis), kunyit (Haldi) yang diproses secara berperingkat, ubatan ini dapat membantu mengawal kadar gula dalam badan. Sesetengah ubat herba sangat berkesan kepada sebarang jenis diabetes tanpa memberi sebarang kesan sampingan. Terdapat berbagai ubatan herba boleh digunakan untuk penyakit diabetes dan di antaranya ialah: Jus peria – pesakit perlu meminum segelas jus peria setiap hari untuk sekurang-kurangnya selama tiga ke enam bulan. Peria yang pahit telah terbukti sangat berkesan kepada pesakit diabetes. Sudha Silajit (spesis hempedu bumi) – herba ini telah lama digunakan dalam rawatan diabetes secara perubatan Ayurvedic (perubatan tradisi India).
Silajit di panggil sebagai “Asphaltum” dalam bahasa Latin, bertindakbalas terus terhadap diabetes dan boleh mengawal kadar paras gula. Silajit juga digunakan untuk menguatkan tenaga fizikal, anti-penuaan, menguatkan tenaga batin, menyembuhkan kecederaan, pemulihan masalah urin, menyembuhkan sakit tulang dan sebagainya. Halba (Fenugreek) – boleh merawat penyakit diabetes, amalkannya dengan mengambil lima gram serbuk biji halba, dua kali sehari bersama tauhu dan kita boleh dapat kesan keputusan yang positif. Peria (Karvellak) – ianya ternyata sangat berkesan untuk pankreas yang boleh merangsangkan pengeluaran insulin dalam badan. Guduchi Satva (spesis bakawali) - Digunakan untuk perawatan diabetes dalam cara perubatan ayurveda(rawatan alternatif India). Ia mengawal lebihan Vata, Pitta dan Kapha (adalah pancaindera and sistem peredaran dalam badan ynag mempunyai elemen air, tanah dan api) dalam badan.
Chopchini (smilax china / bristty geenbrier) – dikenali juga dengan nama “Sarasapilla”, yang boleh merangsangkan pengeluaran insulin. Vijaya Saar (Pterocarpus Marsupium) - juga dikenali dengan nama “Malabar Kinatree”. Vijaya Saar merangsangkan sel untuk pengunaan glukos dalam peredaran darah. Haridra – juga di kenali sebagai kunyit dan mempunyai berbagai kegunaan adalah ubat yang baik untuk diabetes kerana ia dapat mengawal kapha dosha dalam badan. Beberapa herba lain juga didapati berkesan untuk merawat diabetes seperti jambu keling (Jamun / Java Plum / Syzygium cumini) dan bijinya, biji ketumbar, daun selada (lettuce), bunga ros merah, jintan manis (fennel seeds) and daun atau buah pokok Ara (Gulair / Ficus Glomerata).
Pengambilan dua kali sehari serbuk campuran daripada semua herba ini, sangat berkesan dalam mengatasi masalah diabetes. [BR][BR]Satu perkara yang sangat penting dan perlu diketahui oleh pesakit diabetes ialah, diabetes merupakan pembunuh senyap dan pesakit hanya boleh menghalang pembunuh ini dengan mengikuti plan diet yang baik dan jauhkan diri dari gula, minyak dan makanan berlemak dan mesti melakukan senaman harian sepanjang hidup.
Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/
oleh: minyem