Friday, 27 June 2014

Makan Untuk Hilang Keresahan Semasa Peperiksaan

chandiyude makan, jone makan, jackie chan, satu malaysia, perahu kertas, mensemble south anchorage, haji farid, hiu makan manusia, hilang najwa latif, mohanlal movies 1990, hilang dalam terang, gang indian film, lahzat wadaa, hello kensiero untuk, errvin tokek racun, sheek shak shook, jejak jejak misterius, ab3ad makan, cartoon kat-tun, reza artamevia, asin malayalam narendran, kumasuk ke hadiratmu, dance, te ano live, adhoore hum, frente, sayang, indonesian movie, kereta ganjil, miss moddona, lelaki cannibal, tumankuqe, rasa cinta-farahdia, kranti songs, tabrakan maut, pandit jee maray, gareeb jan ke, ungu percaya padaku, panchwa ghar, bon jovi live, khalifah, cornrows hair, selena gomez, sibiang kerok episode121part4, hilang permataku, makan de achan, surf rider, makan chor, hijau daun, my number is, heera panna songs, 3 untuk selamanya, cuaderno makano, pumping, fatin dia, black ops zombies, ingin hilang ingatan, makan mie ayam, mobile phone telescope, wiz khalifa, desta undang giselle, belaja iqurut, makan nasi padang, ada yang hilang, marabooronga, condo untuk disewa, ipang perl jam, visaaleyaar, makan ehsas, perfect girl, cermin untuk selamanya, jikustik, eros, betaab songs, termehek mehek minggu, indian songs, hyper act, ello cinta benci, murottal untuk anak, ashanty buka puasa, malayalam movie songs, rimzin barshe panee, achante makan songs, kangen, cek keyboard organ, kim kardashian bikini, tangled, indian movie, diamonds rihanna, hilang semua janji, ahouzar 2011, indonesia movie, fifa, england trinidad, adaminde makan abu, lagu untuk mama, keroncong untuk ana, alisa sinetron, doa untuk mesir,
MAKAN UNTUK HILANG KERESAHAN SEMASA PEPERIKSAAN Seorang pelajar akan menghadapi tekananan fizikal dan mental apabila mengatur masa untuk kuliah, peperiksaan dan kehidupan social mereka. Dengan menjaga gaya hidup yang sihat dan makanan seimbang, seseorang pelajar itu boleh menghadapi tekanan semasa peperiksaan, tekanan untuk menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan, kewangan yang terhad dan berjaga malam. Kesihatan yang baik bukan sahaja pada makanan yang seimbang- minuman keras, merokok, ubat-ubatan dan kurang bersenam juga mengambil kira dalam penjagaan kesihatan dan kecerdasan.

Ada sesetengah pelajar tidak bergantung pada masa makan yang teratur. Mereka yang terlalu letih untuk memasak akan bergantung pada makanan segera yang murah yang boleh didapati daripada gerai-gerai makanan. Ini boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal mereka. Buah-buahan segar dan air jus merupakan makanan yang terbaik bagi menggantikan makanan ringan. Kedua-dua ini mengandungi ‘bioflavonoid’ di mana nutrien ini dan juga Vitamin C (oren, epal, anggur) ‘beta carotene’ (buah-buahan yang berwarna gelap dan sayur-sayuran hijau) dan Vitamin E (minyak sayuran, gandum, kacang, bijirin, majerin) dapat membantu melawan penyakit dan memberi lebih tenaga. Tubuh anda menggunakannya sebagai antioksidan untuk menghancurkan radikal bebas. Apabila tiba masa peperiksaan, ada sesetengah pelajar tidak mengambil makanan pada masa yang teratur dan ini akan menyebabkan mereka mengambil makanan ringan (snek). Pilih snek yang boleh memberi tenaga untuk belajar dan mengulangkaji nota-nota anda.

Buah-buahan kering seperti buah ara, resin dan apricot adalah sumber baik untuk zat besi dan serat. Sandwic dan semangkuk bijirin sarapan dengan susu kurang lemak akan memberi tenaga yang boleh bertahan lebih lama dan ini menjimatkan masa untuk belajar. Sebelum waktu peperiksaan, tidurlah dengan cukup. Kekurangan tidur akan menyebabkan kelesuan, lekas marah dan mental yang tidak mantap. Tidur yang cukup menjadikan kita lebih tenang dan tampak muda. Untuk mendapatkan tidur yang cukup, ambil makanan karbohidrat (roti, mi atau pasta) dan juga sedikit makanan protin kurang lemak (ikan, ayam atau daging) untuk makan malam. Minumlah segelas susu panas sebelum masuk tidur. Mengambil makanan yang mengandungi Vitamin-vitamin B boleh meningkatkan daya ingatan. Vitamin-vitamin ini boleh didapati dengan memakan roti dan segelas susu, Kalau ada masa, lakukan senaman.

Senaman fizikal meningkatkan pembekalan oksigen dalam darah dan nutrien ke dalam otak supaya ia dapat berfungsi dengan efisien. Senaman mental seperti membaca dan juga aktiviti-aktiviti untuk perkembangan fikiran seperti kuiz-kuiz dan teka-teki adalah paling baik untuk merangsangkan fikiran. Ketika waktu peperiksaan, cuba kurangkan mengambil bahan yang ada kafein dan cokolat. Walaupun ia membantu untuk kecerdasan otak, jumlah yang berlebihan boleh menyebabkan getaran dan debaran, menaikkan tahap kebimbangan dan memberi kesan pada tumpuan. Nasihat perubatan – minum teh atau kopi tidak lebih daripada 6 cawan sehari. Elakkan minuman keras dan merokok. Kedua-dua ini menghilangkan tenaga daripada otak. Mereka yang mengambil minuman keras yang berlebihan berkemungkinan menghadapi kekurangan nutrien. Ia boleh merosakkan dan berbahaya kepada kesihatan.

Mereka yang merokok menggunakan Vitamin C dengan kadar yang pantas. Mereka perlu makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran agar mendapat cukup vitamin. Perokok yang mempunyai tahap ‘beta carotene’ yang rendah berisiko mendapat kanser paru-paru. Sekiranya anda dalam penjagaan mengurangkan makanan, hentikan. Ini bukan masanya untuk mengurangkan berat badan. Anda perlu tenaga untuk tumpuan pada pelajaran. Apabila fikiran danbadan anda sihat, anda boleh elakkan mengambil ubat-ubatan seperti pil tidur, ubat penenang, ubat batuk dan ubat tahan sakit. Didapati ubat-ubat ini adalah penyebab kepada hilang ingatan.

Minta nasihat doktor sekiranya anda kerap lupa selepas mengambil ubat-ubatan ini. Makan makanan yang sepatutnya akan melengkapkan badan anda untuk menghadapi ketegangan. Jangan sesekali meninggalkan waktu makan yang teratur. Kerapkali makan tetapi dengan makanan yang sedikit pada waktu-waktu makan. Ini akan mengurangkan tekanan dan akan membekalkan tenaga anda sepanjang hari. Ia dapat membantu badan anda mengendalikan tekanan fizikal dan mental dengan jayanya.

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/
oleh: iqraq