Wednesday 25 June 2014

Makanan tangani gejala PMS

pms, pms song, pms survival tips, chris crocker, chris crocker pms, funny video, bon qui qui, jenna marbles pms, makanan tradisional, pretty mean sisters, pms wwe, milk commercial, hallelujah rufus wainwright, dustin rhodes goldust, youtube, jacksfilms, tina fey annuale, girl gamer, bleeding love, christian the lion, daily grace, love actually, modern family pms, raymond pms, harlem shake, gps pms, pms videos, cassidy, ultimate showdown, abraham hicks, gps, jim carrey, max b pms, pms andrea martin, david archuleta, roseanne dream lover, ms pacman pms, astha tamang maskey, dino pms, pbs pms, lil wayne, teen pms, bohemian rhapsody, snl, new series pms, pms attitude, you pms, skyrim pms, leave brittany alone, sxephil, menstrual cycle, makanan korea selatan, bad moon rising, pmdd, indonesian food, pink so what, robbie sherrard pms, halo 3 pms, jacksfilms pms 2, fish heads, the period song, pms rinoa, ijustine pms, new girl pmsing, pms symptoms, when guys pms, tnt parody, school fights, al green, wwf meat, pms rant, walter pms, dailygrace, pms 1 jacksfilms, salad fingers, claw pms, pms chocolate, gentlemans rant pms, saturday night live, debra pms, makanan manado, psm, nova, men with pms, wkuk pms, funny pms commercial, leave britney alone, belief pms, funny pms video, girl code period, amy winehouse, snl period, family guy, makanan, ygs 23, dwight schrute pms, pms degrassi, family guy pms, pinole middle school,
Setiap bulan pasti wanita akan mengalami sindrom pra-menstruasi atau lebih dikenali sebagai PMS. Daripada gejala kejang perut atau senggugut sehinggalah perasan atau angin sentiasa berubah, pasti ada sahaja tidak kena menjelang datang bulan.

Terdapat banyak cara untuk menangani gejala PMS dan antaranya adalah menerusi diet anda. Mari kita lihat beberapa jenis makanan yang berupaya mengatasi PMS.

TEH KAMOMIL
Selain daripada teh hijau, tahukah anda teh kamomil mempunyai banyak kebaikan? Selain mempunyai khasiat untuk melegakan kekejangan otot sekaligus mengurangkan sakit senggugut, ia dapat mengurangkan tekanan dan membantu perubahan angin anda ketika PMS. Amalkan pengambilan teh kamomil menjelang menstruasi bagi mengatasi masalah tersebut.

YOGURT
Yogurt rendah lemak atau tanpa lemak mampu mengimbangi tahap kandungan kalsium dalam badan anda ketika datang bulan. Ada kajian mengatakan sesetengah wanita kekurangan kalsium ketika tempoh ovulasi, dan penambahan kalsium mampu membuat perubahan besar terutama sekali ketika berhadapan dengan simptom PMS. Ianya penting buat wanita untuk memastikan mereka mengambil makanan yang kaya dengan kalsium lebih-lebih lagi sekitar tempoh datang bulan kerana ia mampu mengurangkan gejala PMS sebanyak 40 peratus.

IKAN
Memandangkan badan anda tidak boleh menyerap kalsium tanpa bantuan vitamin D, ianya penting untuk anda mendapatkan kedua-dua nutrisi. Sesetengah jenis ikan seperti salmon, makarel dan sardin adalah sumber terbaik untuk vitamin D.

BROKOLI
Brokoli adalah sejenis sayur-sayuran yang mampu mengatasi PMS kerana kebaikannya serta kandungan pelbagai nutrisi seperti kalsium, vitamin A, C, B6 dan E, serta kalsium mineral, potassium dan magnesium. Brokoli juga adalah sumber terbaik untuk fiber diet yang membantu untuk mengawal tahap estrogen dan sistem pencernaan. Cadangan kami adalah stimkan brokoli bersama-sama ikan salmon, dan anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada PMS!

KACANG
Kaya dengan kandungan magnesium dan vitamin B6, kacang adalah sejenis makanan versatil yang mampu mengurangkan retensi air. Selain daripada kekurangan kalsium, kajian turut menunjukkan wanita yang mengalami simptom PMS turut kekurangan magnesium dalam badan mereka. Anda boleh masukkan kacang dalam salad, pasta atau sup, digoreng pantas atau jadikannya sebagai puri bersama bawang putih atau bawang besar.

PISANG
Kekurangan potassium mampu menyebabkan kekejangan otot lebih-lebih lagi ketika datang bulan. Pisang yang kaya dengan vitamin B6 dan potassium mampu menyelesaikan masalah ini selain daripada menghentikan retensi air serta berasa kembung. Jika anda tidak menggemari pisang, gantikan dengan buah oren.

BERAS PERANG
Beras perang (brown rice) adalah alternatif yang sihat buat wanita kerana kandungan nutrisi seperti magnesium dan vitamin B6 mampu mengurangkan emosi kurang stabil atau depresi ketika menstruasi. Karbohidrat seperti beras perang, bijirin, kacang dan pasta adalah antara makanan yang membantu mengurangkan gejala PMS.

sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/