Terdapat 8 panduan yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang hamil bagi
mendapatkan tidur yang lena apabila kehamilan semakin meningkat.
Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/
- Kurangkan minum - kurangkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Ini untuk mengurangkan kekerapan berulang alik ke bilik air semata-mata untuk buang air.
- Senaman Siang - Bersenam secara tetap ketika hamil baik untuk memastikan tahap kesihatan anda berada di tahap yang optimum. malah ia juga baik untuk memperbaiki peredaran darah bagi mengelakkan masalah kekejangan kaki pada waktu malam. Dinasihatkan elakkan daripada bersenam apabila sudah menghampiri waktu tidur.
- Ikut rutin - Biasakan diri melakukan rutin yang teratur setiap hari sebelum tidur. Contohnya mandi, menyapu losyen pelembab muka dan sebagainya. Jika sudah biasa dengan rutin teratur, anda akan memberikan isyarat kepada otak bahawa waktu tidur sudah sampai. Sudah tentu anda dapat tidur dengan nyenyak.
- Tidur Mengiring - Sebaik-baiknya sepanjang tempoh hami, anda tidur mengiring ke sebelah kiri terutamanya kehamilan memasuki trimester ketiga. Amalan ini bagus untuk menggalakkan peredaran darah yang baik untuk kandungan, rahim dan buah pinggang. Elakkan daripada tidur secara telentang untuk tempoh yang lama kerana ia boleh membebankan bahagian belakang yang boleh menyebabkan anda sakit pinggang. Ianya boleh menyebabkan anda susah untuk lelapkan mata.
- Jaga Diet - hindari kafein. langkah ini penting bagi mengelakkan insomnia. Awasi kafein dalam minuman ringan seperti cola, coklat dan kopi kerana ia boleh mengganggu tidur.
- Atasi pedih ulu hati - Jangan baring dalam tempoh satu hingga dua jam selepas waktu makan. Jika masalah pedih ulu hati menjadi penyebab anda tidak dapat tidur, pastikan kedudukan kepala anda lebih tinggi ketika berbaring.
- Tidur siang - Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang secukupnya pada waktu malam, pastkan anda mencuri masa buat seketika di siang hari. Ini dapat membantu anda mengurangkan keletihan.
- Bantal tambahan - Anda digalakkan untuk menggunakan bantal khusus untuk penggunaan wanita hamil bagi menyokong tubuh anda yang kini semakin membesar. Untuk keselesaan, cuba tidur secara mengiring dengan meletakkan sebiji bantal dibawah lutut dan sebiji lagi dibawah perut.