Antara penyakit-penyakit yang biasa dihadapi oleh ibu mengandung ialah:
1. Penyakit darah tinggi semasa mengandung.
Tanda-tanda:
- Tekanan darah Diastolik sama atau lebih dari 90 mmHg. dengan/tanpa
- Oedema (bengkak)
- Air kencing mengandungi albumin.
- Pertambahan berat badan yang berlebihan.
- Loya-loya/muntah
- Sakit sudu hati (epigastric pain)
- Penglihatan menjadi kabur
- Pening kepala yang berterusan
2. Penyakit Diabetes semasa mengandung (Gestational Diabetes)
Anda mungkin menghidapi Diabetes jika:- Air kencing mengandungi gula
- Mempunyai tanda-tanda penyakit Diabetes
- Ada kalangan ahli keluarga anda yang menghidap Diabetes
- Anda pernah menghidap diabetes semasa mengandung yang lalu
- Obes (berat badan lebih dari 80kg)
- Anda pernah melahirkan anak yang beratnya lebih dari 3.5 kg atau mati di dalam perut/lahir mati.
- Keguguran yang berturut-turut (recurrent abortion)
- Jangkitan di kemaluan (recurrent monaliasis) yang berulang.
3. Kurang Darah (anaemia) Semasa Mengandung
iaitu satu keadaan dimana kemerahan darah adalah rendah. Paras haemoglobin kurang dari 10gm%.Tanda-tanda:
- Pucat
- Letih
4. Pendarahan semasa mengandung
Antara sebab-sebab pendarahan semasa mengandung ialah:- Uri menutupi pintu rahim (placenta previa)
- Uri terpisah dari dinding rahim (Abruptio Placenta) samada secara perlahan atau tiba-tiba disebabkan tekanan darah tinggi/terjatuh/tercedera.
- Jangkitan/kanser dipangkal rahim/faraj
Tanda-tanda:
- Keluar darah melalui kemaluan samada secara sedikit/ banyak dengan tiba-tiba.
- Pucat dan letih
- Sakit perut yang berterusan
5. Jangkitan
a) Salur kencing
Tanda-tanda:- sakit semasa kencing
- demam
- sakit dibahagian ari-ari
b) Kemaluan
Tanda-tanda:
- Gatal dikemaluan
- Discaj yang berlebihan dari kemaluan dan berbau busuk
6. Penyakit perubatan, termasuk Lelah (asthma), Penyakit Jantung, Kanser, Buah Pinggan & penyakit-penyakit lain.
Wanita yang mengetahui mereka menghidapi penyakit-penyakit diatas dan penyakit perubatan yang lain, perlu mendapat khidmat kaunseling (Pre-pregnancy counselling) dari pakar-pakar yang berkenaan sebelum merancang untuk mengandung. Rawatan rapi perlu diberikan kepada beliau sepanjang tempoh mengandung. Ibu-ibu perlu mematuhi segala arahan yang diberikan oleh doktor yang merawatnya.7. Tumpah darah semasa atau selepas bersalin.
Tanda-tanda:
- Kehilangan darah yang banyak semasa/selepas bersalin (melebihi 500 ml).
- Ibu menjadi pucat, letih dan tidak bermaya.
- Tekanan darah menjadi rendah
- Denyutan nadi menjadi cepat dan kemudiannya menjadi periahan jika pendarahan berterusan.