Thursday, 20 March 2014

Batu Karang

Pemendapan berbagai zat kimia di dalam air kencing pada keadaan tertentu boleh menyebabkan terbentuknya kristal.Ia kemudian bersifat hydus(pucat)Hydus akan membesar dan bahan-bahan lain akan bertompok di atasnya.

Pada asanya batu karang terbentuk daripada zat kalsium yang bercampur dengan bahan-bahan lain dan akhirnya membentuk batu.Ia dapat dilihat melalui sinaran X.Namun batu yang terhasil dari asid urik mungkin tidak dapat dilihat.

Ini kerana ia berlaku pada saluran ureter (saluran kencing) dan juga saluran buah pinggang.

JENIS-JENIS BATU KARANG

  1. Calcium oxalate – merupakan 80% batu karang yang terjadi hasil campuran dengan bahan kalsium dengan rupa bentuk bercabang dan tajam
  2. Calcium phosphate-10% batu karang yang terjadi akibat jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat alkali
  3. Asid urik – akibat dari serangan gout.
  4. Cystin

PUNCA-PUNCA PENYAKIT / FAKTOR RISIKO

  1. Ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing
  2. Terlalu banyak makan makanan laut yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi
  3. Kegagalan buah pinggang
  4. Tahap metabolisme seseorang
  5. Nanah yang mengeras akibat jangkitan kuman semasa kecil
  6. Kekurangan pengambilan air minuman
  7. Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing

TANDA-TANDA / SIMPTOM

  1. Sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang
  2. Kesakitan seperti berdenyut, berat, dan sakit melilit yang amat sangat seperti hendak bersalin
  3. Loya-loya,hendak muntah dan berpeluh.
  4. Sukar kencing atau lansung tak boleh kencing dan kencing berdarah/bernanah
  5. Demam yang mengigil dan tubuh jadi lemah,muka jadi pucat/sembab dan kulit jadi kering

LANGKAH PENCEGAHAN

  1. Minum 1.5 liter air setiap hari terutama waktu malam
  2. Elakkan makan daging merah makanan laut dan makanan yang mengandungi asid urik

KOMPLIKASI

  1. Boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang
  2. Jangkitan kuman penanahan dalam buah pinggang boleh mengakibatkan terjadi bisul.Jika tidak dirawat pesakit akan mendapat septicimea di mana kuman merebak ke seluruh tubuh dan menyebabkan kematian
  3. Sakit yang datang tiba-tiba boleh mengakibatkan seseorang itu hilang pertimbangan.

RAWATAN

  1. Bergantung pada saiz,jenis dan kedudukan batu
  2. Bagi jenis asid urik dan cystin ia dapat dirawat dengan cara merubah PH dari air kencing sehingga melarutkannya
  3. Sinar laser jenis ‘extracorpareal shock wave lithotripsyn’ digunakan untuk memecahkan batu.
  4. Kaedah endoskopi
  5. Pembedahan
sumber dipetik dari:-http://www.mahsuri.com.my/blog/rawatan/batu-karang