Angin yang terdapat di dalam badan adalah berpunca daripada gas yang
terdapat di dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal yang
mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus
dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang
mengandungi sulfur.Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus
besar.
Angin disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem
penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu daripada udara yang
disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus
besar.Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak
dapat di hadamkan dengan baik.
Bagi seseorang yang mempunyai angin yang banyak di dalam badan pasti
merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan.Bagi yang
mudah menghidap penyakit angin ini hendaklah mengubah cara pemakanan
seharian iaitu mengurangkan makanan yang menyebabkan angin di dalam
badan iaitu kacang, sayuran seperti brokoli,kubis, tauge, bawang dan
asparagus,buah pir,epal dan pic, manakala bijirin pula adalah roti
gandum.Selain itu jauhilah minuman ringan dan jus buah serta minuman
dari produk susu.
Bukan itu sahaja malah mereka yang selalu menghidapi masalah ini di
nasihatkan agar banyak minuma air kosong dan kurangkan udara yang anda
sedut seperti makan dengan perlahan dan kunyah lebih,elakkan menguyah
gula-gula getah,kurangkan merokok,dan jika anda mempunyai gigi tidak
teratur jumpalah doktor gigi untuk memperbetulkannya ini juga salah satu
caranya.Akhir sekali caranya ialah sediakan jadual berapa banyak
makanan berangin yang diambil dalam badan, dan berapa kali anda membuang
angin dalam sehari jika 14 hingga 23 kali sehari ia normal tetapi jika
lebih mungkin anda perlu berjumpa dengan doktor anda.
sumber dipetik dari:-http://www.mahsuri.com.my/blog/rawatan/angin-dalam-tubuh-badan