By Azwa Iela | Tupai
Tahukah anda bahawa pengilat kuku juga mempunyai penggunaan lain selain
untuk menata rias kuku mengikut warna serta fesyen yang anda kehendaki.
Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang kegunaan lain yang boleh anda manfaatkan dari hanya sebotol pengilat kuku yang dipetik dari sebuah portal gaya hidup tempatan.
Label pada botol
Menghalang label pada botol syampu atau apa-apa saja botol yang kamu labelkan dari pudar.
Pelekat sampul surat
Rimas dengan cecair lebihan gam tiap kali ingin menutup sampul surat? Gunakan pengilat kuku tanpa warna sebagai ganti.
Memasukkan benang
Boleh makan masa yang lama walau sekadar untuk memasukkan benang kedalam jarum sahaja! Celupkan hujung benang pada pengilat kuku tanpa warna, biarkan seketika. Hujung benang akan mengeras dan memudahkan untuk dimasukkan kedalam jarum.
Memelihara aksesori
Sapuan pengilat kuku tanpa warna boleh melambatkan proses pengaratan pada aksesori fesyen kamu. Salah satu cara untuk memelihara aksesori dari pudar warnanya.
Mematikan hujung benang
Tak perlu lagi bakar hujung benang yang terkeluar pada pakaian. Matikan benang yang berlebihan dengan pengilat kuku tanpa warna. Benang tidak akan mudah tertarik.
Mengetatkan skru
Selain dari plaster putih yang digunakan untuk mengetatkan skru kamu juga boleh menyapu pengilat kuku pada lingkaran skru dan dibiarkan seketika. Ia boleh membantu untuk mengetatkan skru dalam masa terdesak.
Kod warna pada barang
Gunakan pengilat kuku yang berbeza warnanya untuk menandakan barang-barang kamu. Contohnya seperti kunci rumah. Berikan kod warna untuk setiap kunci yang berbeza supaya kamu tidak tersalah mengambil kunci untuk membuka pintu pagar!
Elak pengaratan pada botol metal
Sapuan pengilat kuku dapat mengelakkan dari botol metal yang disimpan didalam bilik mandi dari berkarat. Contohnya, botol krim cukur abang.