Banyak sekali orang yang belum mengetahui tentang ubi bit merah. Dalam bahasa Inggeris ubi bit merah dikenali dengan beetroot atau disebut dengan bit saja. Ubi ini merupakan tanaman liar yang tumbuh subur di Amerika utara dan United. Bit
jarang digunakan dalam campuran masakan, tetapi masyarakat Eropah,
Afrika Utara dan Asia banyak menggunakan bit dalam masakan mereka.
Bit yang berwarna merah ini dihubungkan dengan warna darah manusia, kerana bit boleh digunakan dalam mengatasi anemia dan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan pembentukan sel darah pada manusia. Bit kaya akan zat besi, ketika meminum jus ubi bit maka dapat mengaktifkan sel-sel darah merah dengan membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dan membantu sistem pernafasan agar kembali normal.
Ubi bit merupakan ubi yang rendah kalori dan mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral. Hasil kajian yang dilakukan oleh Barts & London School of Medicine dan Peninsula Medical School, bahawa dengan meminum jus ubi bit boleh menurunkan tekanan darah yang tinggi. Menurut Prof. Amrita Ahluwalia dari Barts & London School of Medicine, ubi bit mengandungi nitrat yang boleh memelihara kesihatan jantung. Hasil kajian menunjukkan bahawa tekanan darah boleh menurun dalam masa 1 jam selepas meminum jus bit. Tekanan darah terus menurun selepas 3-4 jam meminum jus bit dan hasilnya dapat dilihat dalam 24 jam dan seterusnya.
Kandungan nitrat yang terdapat dalam ubi bit menyebabkan ubi ini tidak boleh digunakan oleh bayi berusia di bawah enam bulan. Baru-baru ini ubi bit dikatakan boleh berfungsi sebagai antikarsinogen dan antimutagenik yang dapat mencegah dan merawat kanser.
Menurut Hugo Schulz, seorang ahli Farmasi dari Jerman, Pakar Kanser dari Jerman, yang membuat kajian pada tahun 1983 melalui hasil kajian akademiknya pada tahun 1964 dan HO Kleine, bahawa bit dapat mencegah tubuh dari kanser. Para ahli perubatan tradisional pun mempercayai jika seseorang meminum jus ubi bit yang telah dicampurkan dengan sayur-sayuran lain seperti lobak dan timun, dapat membersihkan buah pinggang dan hempedu serta dapat menyihatkan kembali organ-organ tersebut.
Salad ubi bit merah lebih enak jika dimasak bersama minyak bunga matahari atau minyak zaitun serta ditambah sedikit cuka. Jika tidak suka dengan campuran minyak dan cuka, boleh dimakan dalam bentuk mentah atau dicampur dengan daun saderi, tomato, kentang dan sayur-sayuran lain. Selain itu, boleh dihidangkan dengan mayonis. Ubi bit yang telah dicampur dengan madu boleh dimakan sebelum sarapan kerana dapat mengurangkan masalah penyakit lambung.
Oleh: Thiba Annamalai
Tentang Penulis:
Thiba Annamalai adalah mahasiswa Fakulti Farmasi, Universiti Padjadjaran, Bandung. Untuk interaksi dan surat-menyurat lebih lanjut, sila hubungi penulis melalui laman kenalan.