Banyak yang menganggap bahawa tahi telinga
adalah hasil aktiviti bakteria namun anggapan tersebut merupakan
pemahaman yang salah. Tahi telinga ( cerumen ) sebenarnya dihasilkan oleh telinga kita sendiri, tepatnya oleh kelenjar kulit pada lubang telinga bahagian luar. Tahi telinga dihasilkan pada satu pertiga bahagian luar
lubang telinga dan normalnya tidak mungkin bergerak masuk ke dalam
gendang telinga kecuali ada tekanan dari luar. Membersihkan lubang telinga dengan kapas pembersihan ( cotton bud ) justru boleh mendorong kotoran telinga masuk ke dalam kawasan yang sangat sensitif. Bahaya yang dapat ditimbulkan adalah gangguan pendengaran pada telinga hingga lumpuh saraf di sekitar wajah. Jika tahi telinga terkumpul pada bahagian gendang telinga maka boleh menyebabkan tinnitus (radang gendang telinga). Membersihkan tahi telinga dengan cotton bud
juga boleh membuat kulit pada lubang telinga rawan terkena jangkitan
dan meningkatkan pertumbuhan bakteria kerana hilangnya sifat asid pada
lubang telinga.
Bahaya terbesar yang dapat ditimbulkan dari membersihkan tahi telinga dengan cotton bud adalah pecahnya gendang telinga. Namun kerana banyak orang yang tidak mengetahui tentang hal ini, mereka berusaha membersihkan telinga sedalam mungkin hingga mendekati gendang telinga. Menurut sebuah kajian terbaru, lebih daripada 50 peratus pesakit yang datang ke doktor pakar Telinga Hidung dan Tekak (ENT) sering memakai cotton bud untuk mengorek kotoran di telinga.
Cara yang baik untuk membersihkan telinga adalah menggunakan tuala yang direndam dalam air hangat kemudian bersihkan bahagian luar telinga dan tempat keluarnya kotoran dari lubang telinga serta tidak memasukkan benda yang berbentuk kayu (tongkat) seperti cotton bud , jari, pensil, dan lain-lain. Semoga maklumat ini dapat bermanfaat bagi anda semua.
Oleh: Mutiara Septenia Sari