Air sesuatu yang paling mudah dan murah boleh kita dapati, dan semua
yang hidup dan bernyawa memerlukan air dalam kehidupan mereka. Dari
tumbuhan di padang pasir, binatang, manusia hingga ke bakteria yang
paling kecil sekalipun memerlukan air untuk hidup. Tetapi manusia adalah
pengguna air yang paling banyak, baik untuk kegunaan aktiviti kehidupan
harian mahupun untuk kegunaan aktiviti perdagangan.
Kebelakangan ini
banyak e-mail yang saya terima mengenai air sebagai rawatan perubatan.
Jika informasi ini sesuatu yang benar, ia merupakan satu berita yang
baik untuk kita semua sebab kita boleh mengurangkan kos perubatan
keluarga. Terutama dalam keadaan ekonomi yang meleset sekarang ini dan
juga dengan berbagai epedimik penyakit yang melanda, rawatan ini mungkin
dapat membantu kita.
Sesiapa saja boleh mencuba cara rawatan ini kerana rawatan ini bukan
saja selamat untuk di cuba malah ia adalah percuma. Sangat mudah bagi
kita untuk mendapatkan air kerana ia sentiasa ada di dalam rumah kita
terutama di dapur. Kita hanya memerlukan air biasa yang sudah dimasak,
sesetangah orang panggil air putih, ada orang panggil air kosong. Tetapi
tolong guna air yang tidak disejukkan, jangan juga air yang disimpan
sejuk dalam peti ais. Air mineral juga boleh digunakan untuk mereka yang
malas atau tidak sempat hendak memasak air.
Dikatakan rawatan ini boleh
menyembuhkan atau mengurangkan berbagai penyakit seperti sakit kepala,
sakit badan, sistem jantung, sakit sendi, denyut jantung yang laju,
sawan, lemak berlebihan, paru-paru berair, lelah, TB, meningitis,
penyakit buah pinggang and kencing kotor, muntah and ceret beret,
gastrik, buasir, kencing manis, sembelit, sakit mata, kanser, haid tidak
teratur serta penyakit mulut, hidung and telinga.
Rawatan ini telah pun popular di Jepun sekarang. Apa yang perlu kita
lakukan ialah minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi. Ada yang
mengatakan ujian saintifik telah membuktikan keberkesanan rawatan ini.
Samada untuk penyakit yang telah sedia diketahui umum, penyakit yang
serius dan juga penyakit zaman moden yang baru diketahui. Semua
penyakit-penyakit ini dikatakan telah berjaya dipulihkan dengan
mengunakan cara rawatan ini.
Kaedah rawatan ini dimulakan dengan meminum air di waktu pagi sebaik
sahaja kita bangun dari tidur tetapi sebelum kita menggosok gigi. Kita
perlu minum air sebanyak empat gelas air iaitu lebih kurang sebanyak
640ml. Selepas itu kita boleh menggosok gigi atau berkumur tetapi tidak
mengambil sebarang makanan selama empat puluh lima minit. Kita juga
dinasihatkan tidak meminum sebarang jenis minuman selama lebih kurang
lima belas minit hingga ke dua jam selepas mengambil sarapan, makan
tengah hari dan makan malam.
Kepada gologan yang telah berusia dan yang
sakit, dan tidak mampu untuk meminum air sebanyak empat gelas pada satu
masa, bolehlah mencuba dengan meminum satu gelas pada peringkat
permulaan dan ditambah dari semasa ke samasa sehingga menjadi empat
gelas pada setiap pagi.
Kaedah rawatan ini telah menunjukan kesan positif keatas beberapa
penyakit, seperti contohnya penyakit tekanan darah tinggi dan kencing
manis dapat di kurangkan atau di kawal dalam masa tiga puluh hari. Untuk
penyakit gastrik dan sembelit pula mengambil masa sepuluh hari manakala
bagi penyakit TB pula ialah sembilan puluh hari dan seratus lapan puluh
hari pula bagi penyakit kanser.
Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/