Saturday, 5 April 2014

Belajarlah Cara Menangani Rasa Lapar

Belajar bagaimana menangani rasa lapar amat penting untuk memastikan berat badan terkawal. Rasa lapar merupakan perkara normal bagi seseorang yang cuba menghadkan pengambilan makanan. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mengetahui punca sebenar rasa lapar tersebut sama ada disebabkan faktor psikologi atau fizikal dan mengetahui bagaimana untuk mengatasinya.

Ramai antara kita yang makan ketika lapar. Sungguhpun tidak benar-benar lapar, namun mereka tetap cenderung mengambil makanan mengikut jadual makan yang telah dibiasakan sejak kecil lagi. Makan yang berpunca faktor psikologi merupakan satu lagi penyakit atau tabiat makan berlebihan ketika seseorang bersedih. tertekan malah gembira. Tahukah anda, lapar disebabkan faktor psikologi amat berbahaya kerana ia mempunyai pengaruh dan pembangkit nafsu makan anda!

Cuba fikir kembali, apa yang menyebabkan anda makan secara berlebihan dan bagaimanakah cara menghentikan tabiat tersebut? Apa yang anda harus lakukan demi memastikan perhatian anda tidak hanya terarah pada makanan semata-mata?

Sungguhpun lapar, namun percayalah anda masih mempunyai jalan untuk mengatasinya. Antara langkah yang dapat anda ambil adalah dengan membanyakkan mengambil makanan yang rendah kandungan lemak kerana ia lebih cepat dicerna dan mengundang rasa lapar berbanding makanan yang tinggi kalorinya. Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mengawal supaya makanan yang diambil tidak keterlaluan.
  1. Pastikan setiap hidangan harian anda mempunyai kandungan protein dan makanan rendah lemak. Perbanyakan kudapan ringan seperti 'popcorn', kismis atau kekacang sementara menunggu waktu makan sebenar. Makanan sebegini membantu anda berasa kenyang tanpa meningkatkan kadar kalori dalam tubuh secara keterlaluan.
  2. Selain itu, anda juga boleh memperbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang kaya dengan kandungan serat dan tinggi kandungan airnya. Kalau boleh, jadikan makanan jenis ini sebagai snek sehari-hari terutamanya anda ketika perut terasa lapar.
  3. Rasa lapar yang keterlaluan menyebabkan anda cenderung makan melebihi kuantiti yang sepatutnya. Jadi untuk mengelakkannya, anda dinasihatkan makan sebelum perut benar-benar lapar. Kebanyakan kita berpendapat golongan wanita cenderung makan berlebihan sekembalinya mereka dan tempat kerja. Nafsu makan akan melonjak tatkala menyediakan makanan buat keluarga, apatah lagi anda sememangnya benar-benar lapar ketika itu. Jadi, sebagai langkah mengawal diri, anda dinasihatkan untuk mengisi perut terlebih dahulu dengan mengambil yogurt rendah lemak atau buah-buahan sebelum pulang ke rumah.
Tip ni juga boleh diamalkan sebelum anda keluar menghadiri kenduri-kendara atau majlis makan mengelakkan anda terpesona dengan deretan makanan lazat yang terhidang di atas meja santapan.

Skala 'The Hunger-Satiety Rating Scale', petikan dari buku Why Weight? A Guide to Ending Compulsive Eating (author: G. Roth, New York, NY: Penguin Books, 1989) mungkin boleh memberi penjelasan tentang tahap kelaparan seseorang.

Kenyang
10 = Kenyang keterlaluan paling maksimum, anda terdedah pada penyakit
9 = Kenyang keterlaluan maksimum, anda perlu longgarkan kancing seluar
8 = Kenyang keterlaluan, rasa sesak dan senak
7 = Sangat kenyang seolah-olah terlebih makan
6= Kenyang, anda rasa selesa

Neutral
5 = Selesa, anda tidak lapar
4 = Rasa lapar mula menunjukkan tanda
3 = Lapar, sedia untuk makan
2 = Sangat lapar anda tidak mampu memberi tumpuan

Lapar
1 = Kebuluran, anda akan rasa pening

Perhatikan skala di atas dan kenali di mana tabiat pemakanan seharian anda. Anda disarankan makan ketika berasa skala 4 iaitu tatkala rasa lapar mula menunjukkan tanda dan berhenti makan di skala bernombor 6. Ingat, jangan menahan lapar atau membiarkan perut menunggu lama. Kudaplah apa-apa sahaja yang kurang kalori atau rendah lemak untuk mengisi perut anda!

sumber dipetik dari:-http://e-kesihatan.blogspot.com/