Friday, 4 April 2014

Panduan atasi dagu berlapis

Pasti ada antara kita semua agak risau memikirkan masalah Dagu Berlapis. takut nanti akan mencacatkan penampilan wajah. Ialah ada yang mempunyai badan yang agak kurus, tetapi mengalami masalah dagu yang berlapis. Ini pasti merisaukan kita semua, tak kira lelaki atau perempuan kerana dagu amat penting kerana memberi bentuk & keindahan pada wajah. Cuba bayangkan bagaimana bentuk muka kita tanpa dagu? Macam manalah agaknya rupa kita kalau tak berdagu ye?

Cuba anda perhatikan dagu anda di hadapan cermin. Hakikatnya kita tidak boleh menukar dagu kita melainkan dengan menggunakan teknik moden seperti pembedahan atau suntikan botox, namun apa yang kita sebagai orang biasa ni boleh buat, dengan hanya berusaha agar dagu kita tidak berlapis? Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana boleh terjadinya dagu berlapis? Dagu berlapis bukan saja terbentuk daripada kesan makan berlebihan. Banyak faktor lain yg membantu, menyumbang dan menyebabkan ianya terjadi termasuk cara duduk dan berjalan yang tidak betul.

Ada beberapa panduan utk menjaga bentuk dagu kita :
  1. Cuba jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa.
  2. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mendapat dagu berlapis.
  3. Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot & merangsang peredaran darah.
  4. Lakukan senaman dagu & leher bila ada waktu yang terluang. Waktu yg terbaik ialah pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton tv atau ketika di pejabat.
Senaman Dagu
  1. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir2 dgn tangan kiri & kanan. Lakukan sebanyak 40 kali.
  2. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yg boleh. Ulangi sebyk 10 kali. Pasti kita akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang & ketat.
  3. Menggunakan otot muka & leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yg boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.
Apakata mulai hari ini kita lakukan senaman dagu ini. Jangan tunggu lagi. Jadikan ianya sebagai amalan dan rutin harian kita. Selamat mencuba!

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/