Thursday, 3 April 2014

Cara mudah bersihkan alat solek


Penggunaan berus mekap menjadikan aplikasi mekap lebih mudah selain dapat membantu memberi sentuhan profesional dan semula jadi. Justeru, adalah penting untuk memberi perhatian khusus kepada alat kecantikan ini kerana berus yang baik dapat membantu menjiwatkan wang dan masa anda.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan:
  • Tanggalkan lebihan warna yang terdapat pada berus anda menggunakan tisu lembut.
  • Basuh berus anda (biarkan paip terbuka) selama lebih kurang 1-2 minit atau selama masa yang diambil untuk melembapkannya.
  • Letakkan sedikit pembersih berus ke telapak tangan atau bahagian belakang tangan anda dan pusarkan berus tadi. Pusarkan sehingga semua kotoran hilang dari berus tadi.
  • Basahkan berus di bawah paip air yang terbuka dengan permukaan bulu berus menghadap ke bawah. Kemudian, dengan lembut perahkan bulu tersebut sehingga lembap. Pastikan anda tidak menarik / memerah bulu berus itu terlalu kuat. Elakkan mengalirkan air terlalu banyak pada simpai logam (laras berus), yang mana akan membuatkan pelekat pada laras berus terbuka dan bulu pada berus menjadi longgar.
  • Sekali lagi picit/perah perlahan bulu berus tadi untuk menanggalkan lebihan air.
  • Bentangkan berus rata atau berbulu dengan kedudukan sedikit ke bawah (menegak sedikit) dan letakkan ia di atas tuala kapas dan biarkan ia kering semlaman.

Selamat mencuba!