BODEKER menunjukkan buku mengenai herba tradisional Malaysia.
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
KUNYIT atau nama saintifiknya curcuma longa adalah rempah biasa yang banyak digunakan dalam masakan serta dijadikan bahan sampingan jamu.
Di dalam perubatan tradisional Melayu, Kunyit adalah herba masakan utama yang digunakan dalam proses merawat kerana mempunyai kesan penyembuhan paling mujarab.
Namun, masih ramai yang tidak mengetahui kehebatan herba ini walaupun di peringkat dunia, ia antara tumbuhan penting dalam perubatan.
Kunyit menjadi herba penting dalam sistem perubatan tradisional Cina dan India. Kini, khasiatnya diperakui pakar hospital ternama di Amerika dan Eropah.
Rahsia penawar daripada kunyit ini adalah warna kuningnya yang dinamakan curcumin.