Batu yang terdapat dalam ginjal (buah pinggang) terbentuk daripada
beberapa jenis bahan kimia melalui pemakanan kita iaitu Kalsium Oxalat,
Kalsium Pospat, Asid Uric, Cystine dan Magnesium Pospat Ammonia.
Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh menjadi sebesar bola golf. Ia terbentuk dalam ginjal, kemudian bergerak ke dalam saluran kencing dan membesar di situ.
Kesulitan akan timbul apabila batu-batu ini menjadi terlalu besar dan mengakibatkan gangguan kepada perjalanan air kencing. Kuman-kuman akan merebak di sini dan menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Ginjal
- Rasa pedih ketika kencing
- Rasa loya (mual) & muntah tanpa sebab
- Rasa seperti pasir berada dalam badan
- Air kencing kotor & berbau busuk
- Rasa sakit di kawasan pinggang
- Rasa sakit pada alat sulit
Rawatan Batu Karang Dalam Ginjal
- Peringkat Awal – Perubatan Biasa
- Peringkat Kedua – Pembedahan / Lithotritpsy
- Peringkat Serius – Dialisis / Pemindahan Buah Pinggang