Sunday, 23 March 2014

Ketahui punca gagal kurus

Anda berdiet tetapi badan anda tidak juga kurus-kurus. Binggung dan tertekan dengan program diet anda yang tidak berhasil itu, akhirnya anda akan kembali makan seperti biasa dan tidak lagi berdiet.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa program diet yang tidak berhasil yang dipetik dari laman kesihatan.

Diet sup kobis

Diet ini tidak disarankan kerana ia boleh menghilangkan pelbagai nutrisi, kekurangan vitamin dan mineral. Ia juga merosakkan keindahan rambut,kuku dan kulit.Selain itu, badan tidak akan mendapat apa-apa kalori, perut akan masuk angin kerana diet yang sangat ketat dan menganggu sistem pencernaan.

Diet makanan bayi

Makanan bayi mungkin boleh menurunkan berat badan dengan cepat tetapi makanan bayi tidak mampu memenuhi keperluan serat, protein, karbohidrat dan kalsium pada orang dewasa. Walaupun cara ini tidak berbahaya pada masa akan datang tetapi kesannya boleh mengakibatkan gangguan otot tulang.

Diet air

Secara teoriti, diet ini tidak masuk akal. Tidak dinafikan dengan minum air yang banyak setiap hari dapat memberikan gaya hidup yang sihat. Namun, tidak semua dapat mengikuti diet ini terutamanya pesakit jantung, ginjal dan hati kerana ia mempunyai gangguan penyimpanan cairan dan ketidakseimbangan elektrolit.

Diet coklat susu

Tidak ada bukti menunjukkan bahawa vitamin D atau kalsium akan menyebabkan penurunan berat badan. Protein dan karbohidrat yang terdapat dalam makanan pula digunakan untuk membantu badan selepas 30 minit bersenam.

Diet rendah karbohidrat

Beberapa orang beranggapan satu keping daging lebih baik daripada satu keping roti. Sebenarnya, pengambilan karbohidrat mestilah sesuai dengan keperluan. Bagi wanita hamil, remaja dan pesakit diabetes, berhati-hati dengan diet ini.

Penurunan karbohidrat akan merendahkan kadar insulin. Tetapi, ia juga boleh mengakibatkan nafas berbau, kelelahan dan rasa mual. The American Dietetic Association menyarankan mengambil 55-60% kalori dari karbohidrat.

Diharap dengan beberapa informasi ini dapat membantu anda untuk mengikuti program diet yang lebih berkesan. Selamat mencuba!