By Azwa Iela | Tupai
Adakah anda tahu tips paling penting dalam solekan ialah 'LESS IS MORE'. Ia bermakna solekan itu tidak keterlaluan seperti terlalu tebal ataupun penggunaan warna yang terlalu terang dan terlalu menarik perhatian.
Jika anda menggunakan pemerah pipi (blusher), bendalir (fluid), gincu (lipstick) dan bedak serbuk (loose powder)/ bedak dwi cara (2 way-cake) gunakan ia dengan berhati-hati agar kesan akhir akan lebih asli dan tampak lebih menarik.
Berikut ialah beberapa tips solekan untuk anda tampil ringkas dan kekal anggun untuk ke pejabat.
Kulit licin
Penyapuan bedak asas berunsur cecair (liquid foundation) diperlukan hanya di sekitar dahi, dagu dan di hidung. Solekan anda memerlukan 'touch up!'. Jika kulit anda jenis kering (dry) atau kulit biasa (normal), sapukan bedak dengan berhati-hati ketika di waktu tengahari. Jika anda mempunyai kulit jenis berminyak (oily) tekap/bersihkannya dengan tisu/blotter ini kerana muka anda akan kelihatan berkilat/bertopeng untuk sekian lama jika dibiarkan begitu saja.
Sapuan lembut di bulu mata
Penyapuan bulu mata dengan maskara, tidak memerlukan kemahiran khas untuk 'membuka' dan 'mencantikkan' mata anda disamping solekan mata yang memukau. Anda harus mencuba rangkaian maskara dalam tona warna-warna lain : coklat, kelabu, ungu gelap dan hitam.
Pemerah pipi
Tulang pipi perlu diserlahkan dengan warna pemerah pipi coklat cerah/muda (Light-Brown), berhati-hati untuk warna seperti tembaga (copper) ! Jika disalah guna/kurang sesuai, ia mungkin membuatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar anda. Jika anda mempunyai kulit kapilari (skin capillaries), tidak digalakan mengguna/menyapu warna pemerah pipi yang agak merah jambu. Ia akan menjadikan masalah kulit anda jelas kelihatan!
Pengilat bibir
Pengilat bibir warna coklat (brown) Itulah yang harus anda perlukan. Jika anda tidak mempunyai pengilat bibir berwarna coklat anda juga boleh cuba gincu berwarna beige atau merah jambu (pink). Berhati-hati dengan gloss bibir yang mempunyai kesan vinil atau yang Berkilat. Ia kurang sesuai atau kelihatan seksi untuk ke pejabat kerana ia hanya sesuai digunakan untuk malam!